fbpx
Now Reading
Buat Kerja Amal Di Brazil, Ebit Lew Terkejut Dapat Layanan Baik Dari Ketua Kawasan Di Tempat Gangster

Buat Kerja Amal Di Brazil, Ebit Lew Terkejut Dapat Layanan Baik Dari Ketua Kawasan Di Tempat Gangster

Menurut Ebit, ketua itu begitu baik sewaktu menyambutnya pada pertemuan pertama mereka walaupun beliau dimaklumkan yang dia adalah seorang mafia.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Mereka yang mengikuti perkembangan pendakwah dan aktivis terkenal, Ustaz Ebit Lew (UEL) pasti tahu yang beliau ketika ini sedang berada di Brazil untuk kerja amal.

Sudah berada di negara Amerika Selatan itu sejak 2 Disember lalu, Ebit Lew difahamkan kini sedang berada di Sao Paulo menyantuni penduduk di bandar tersebut yang memerlukan bantuan antaranya golongan gelandangan dan juga orang yang tidak mampu menyewa rumah.

Terbaharu, Ustaz Ebit menerusi satu perkongsian di media sosial memaklumkan rasa terkejut dan terharu apabila menerima layanan yang begitu baik dari ketua kawasan di sebuah kawasan berbahaya yang diziarahinya.

Menurut Ebit, ketua kawasan itu begitu baik sewaktu menyambutnya pada pertemuan pertama mereka walaupun penduduk tempatan memaklumkan yang dia berperwatakan seperti seorang mafia.

“Baik sangat ketuanya walaupun orang kata macam mafia”

“Ziarah ketua kawasan satu kawasan yang dikatakan bahaya di Sao Paolo Brazil.. Terkejut dengan layanan baik ketuanya dan orang situ. Terasa macam dah lama kenal. Bawa bantuan dan kasih sayang buat mereka. Mereka hidup susah. Anak-anak tak sekolah. Sebelum ni duduk dalam khemah. Sekarang dapat bilik kecil duduk dengan keluarga.

“25 jam tuan fly untuk bantu kami”

“Baik sangat ketuanya walau orang kata macam mafia. Katanya 25 jam tuan fly untuk bantu kami. Ramai tengok janggut saya dan pakaian saya. Ada ajak ambil gambar kerana suka janggut

Kongsi video semasa pertemuan ringkas

Menerusi instagram, beliau telah berkongsi kepada orang ramai video pendek sewaktu pertemuan beliau bersama ketua kawasan tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata dilihat berterima kasih kepada aktivis berkenaan kerana tidak memilih dalam memberikan bantuan termasuk kepada golongan gangster.

Malah ada yang merasakan golongan sebegini juga punya hati dan perasaan dan pastinya berterima kasih apabila menerima bantuan dari orang lain.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.