fbpx
Now Reading
Lelaki Nekad Kahwini Semula Bekas Isteri Lepas Tahu Wanita Itu Sakit Tenat

Lelaki Nekad Kahwini Semula Bekas Isteri Lepas Tahu Wanita Itu Sakit Tenat

Lebih terharu, Zhenfeng turut menawar diri untuk menderma buah pinggangnya kepada si isteri.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Benarlah kata orang, cinta dan pengorbanan mengatasi segalanya. Itu yang dilakukan seorang lelaki dari China yang nekad mengahwini semula bekas isterinya sebaik mengetahui wanita itu kini sedang sakit tenat.

Kisah cinta Chen Zhenfeng dari wilayah Henan dan isterinya, Xie Hongxia mula menjadi perhatian netizen di China selepas ianya dikongsikan sebuah portal Global Times di laman media sosial Weibo.

Difahamkan, Zhenfeng dan Xie Hongxia sudah pun berpisah dua tahun lalu. Namun dia yang menghubungi bekas isterinya itu baru-baru ini bagaimanapun terkejut sebaik megetahui wanita itu sedang terlantar akibat menghidap uremia, iaitu kegagalan buah pinggang untuk berfungsi.

Tak sanggup tengok isteri tanggung kesakitan seorang diri

Dia kemudian bertindak menziarahi wanita berkenaan di sebuah hospital di sana, lapor Mothership.

Namun penemuan itu membuatkan lelaki ini nekad untuk melamar kembali isterinya. Semuanya gara-gara dia tidak dapat menahan sebak melihat kondisi Hongxia yang begitu tenat, selain tidak mahu bekas isterinya itu menanggung kesakitan seorang diri.

Foto : Weibo Via Mothership

Hongxia bagaimanapun pada mulanya telah menolak lamaran kerana khuatir ia hanya akan membebankan Zhenfeng, namun tekad lelaki berkenaan yang mahu sehidup semati bersamanya membuatkan wanita ini akhirnya bersetuju.

Tawar buang pinggang sendiri untuk digantikan

Lebih terharu, Zhenfeng turut menawarkan buah pinggangnya sebagai ganti apabila doktor memaklumkan rawatan pemindahan buah pinggang adalah satu-satunya jalan terbaik untuk isterinya.

Akan jual rumah untuk tanggung kos perubatan

Bukan itu sahaja, Zhengfeng juga akan menjual rumahnya yang berharga RMB1 million (RM660,000) untuk menampung kos perbelanjaan pembedahan perubatan berkenaan.

Ini kerana gaji bulanannya sebanyak RMB 3,000 (RM1,992) sebagai pegawai kerajaan dan sebagai pemandu pada waktu malam tidak mencukupi untuk membayar kos-kos tersebut.

Mereka sebelum ini bertemu pada 2012 dan berkahwin beberapa bulan kemudiannya. Namun atas isu remeh dan masalah kecil, mereka membuat keputusan untuk berpisah pada tahun 2019.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.