fbpx
Now Reading
Buat Saintis Tertanya-Tanya, Kenderaan Jelajah China Terakam ‘Pondok Misteri’ Di Bulan

Buat Saintis Tertanya-Tanya, Kenderaan Jelajah China Terakam ‘Pondok Misteri’ Di Bulan

Tertarik dengan objek tersebut, mereka kini sedang menggerakkan kenderaaan jelajah berkenaan untuk melakukan siasatan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum pasti tahu dua kuasa besar di dunia iaitu Amerika Syarikat dan China kini sedang bersaing dalam menerokai angkasa lepas.

Ia menjadi lebih hangat selepas seorang saintis ternama yang juga Ketua Pentadbiran Angkasa Lepas Kebangsaan China (CNSA),Zhang Kejian mendedahkan negara republik itu menyasarkan untuk menghantar angkasawannya ke Bulan sebelum tahun 2030.

Malah mereka pada tahun 3 Januari 2019 sudah berjaya mendaratkan kapal angkasa Change’4 di bulan bersama sebuah kenderaan jelajah Rover yang diberi nama Yutu-2.

Terbaharu selepas 3 tahun berlegar di sana, Yutu-2 menjadi tumpuan media dan pengkaji angkasa apabila kenderaan tersebut berjaya merakam sebuah ‘pondok misteri’ di permukaan bulan.

Mula didedahkan menerusi diari Yutu 2 dan disiarkan oleh Our Space saluran sains berbahasa Cina yang bersekutu dengan CNSA, rakaman tersebut memperlihatkan sebuah objek berbentuk kiub di sebuah lokasi di sisi gelap Bulan.

Mereka kemudian menamakannya Mystery Hut (神秘小屋/shenmi xiaowu)

DIfahamkan objek berbentuk kiub itu hanya berjarak 79 meter dari lokasi Yutu-2 melakukan rakaman sewaktu ia sedang menuju ke Kawah Von Karman di Lembangan Aitken.

“Kami mempunyai perkembangan dari Yutu-2 di bahagian hujung Bulan, termasuk sebuah kiub yang terletak kira-kira 80 meter dari rover berkenaan di kawah Von Kármán,” kata wartawan, Andrew Jones.

Penemuan tersebut membuatkan ramai saintis di sana tertanya-tanya apakah gerangan objek berkenaan. Namun ada di kalangan pakar yang percaya ia hanya seketul batu besar.

Tertarik dengan objek tersebut, CNSA kini sedang menggerakkan kenderaaan jelajah berkenaan untuk melakukan siasatan.

Sebagai rekod, CNSA pada sekitar musim panas tahun lalu telah melancarkan misi ke Planet Marikh. Ia akhirnya tiba di planet berkenaan pada Mei 2021 dan sudah pun menurunkan sebuah Rover di sana.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.