“Hanya Kit Ujian Air Liur Dibenarkan” – KPM Perjelas Foto Tular Konon Cikgu Diajar Buat Swab Test
Menurut KPM, sebarang ujian saringan secara calitan hidung adalah tidak dibenarkan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Sejak beberapa hari lalu tular di media sosial sebuah foto mendakwa terdapat beberapa guru yang diajar cara-cara untuk melakukan ujian saringan Covid-19 secara calitan hidung untuk murid di sebuah sekolah.
Perkara tersebut turut menarik perhatian guru dan aktivis pendidikan, Cikgu Mohd Fadhli Salleh yang menyifatkan amalan berkenaan tidak sepatutnya diguna pakai memandangkan cikgu bukanlah pakar seperti petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk dipertanggungjawabkan dalam menguruskan tugasan tersebut.
Beliau dalam masa sama turut berkongsi tangkap layar kenyataan yang dikeluarkan pakar perubatan terkenal dari UIAM, Dr Mizam Baha yang turut tidak bersetuju dan mengibaratkan guru seolah ‘menjerut leher sendiri’ sekiranya ada apa-apa yang berlaku kepada anak murid mereka.
Kalaulah ada usaha nak ajar cikgu buat nasopharyngeal swab test. Saya nasihatkan cikgu jangan ikut . Bukan kemahiran cikgu. (Sekiranya) jadi apa apa pada pelajar, cikgu jerut leher sendiri.
Dr Mizam Baha
Isu tersebut turut menimbulkan kebimbangan di kalangan para guru dan ibu bapa memandangkan kaedah ujian yang salah boleh mengakibatkan kecederaan yang serius.
Malah teknik yang salah boleh menyebabkan keputusan yang tidak sahih.
Ujian secara calitan hidung adalah tidak dibenarkan
Peka dengan isu tersebut Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menerusi satu kenyataan memaklumkan bahawa penggunaan kit ujian secara calitan hidung adalah tidak dibenarkan.
Ini menurut mereka adalah selaras dengan arahan yang dikeluarkan pihak KPM melalui satu surat bertarikh 28 November 2021 di mana sebarang pelaksanaan ujian kendiri Covid-19 di mana-mana sekolah hanya melibatkan penggunaan kit ujian air liur yang dibekalkan oleh KPM.
“Berdasarkan surat siaran tersebut, pelaksanaan ujian kendiri ini hanya melibatkan penggunaan kit ujian air liur yang dibekalkan oleh KPM. Pelaksanaan ujian kendiri ini
dibuat oleh murid dengan pemantauan guru.”
Berhubung gambar yang tular dalam media sosial bertajuk “Di sebuah sekolah guru-guru menjalani latihan amali dengan swab pelajar“, KPM juga telah menjalankan siasatan dan mendapati gambar tersebut melibatkan ujian saringan COVID-19 yang dilaksanakan di sebuah sekolah di Pahang.
Hanyalah demonstrasi dibimbing dua jururawat masyarakat
“Secara keseluruhan, seramai 16 murid telah dipilih secara rawak untuk menjalani
ujian saringan COVID-19 menggunakan kit ujian air liur.
“Walau bagaimanapun, demonstrasi calitan hidung turut dilaksana melibatkan
empat (4) orang guru dan empat (4) orang murid yang dibimbing oleh dua
(2) orang Jururawat Masyarakat”
“KPM ingin menegaskan bahawa pelaksanaan saringan ujian COVID-19
Kementerian Pendidikan Malaysia
di semua sekolah bawah KPM perlu menggunakan kit ujian air liur sahaja.
Penggunaan kit ujian secara calitan hidung adalah tidak dibenarkan dan
tidak selaras dengan arahan KPM melalui surat bertarikh 28 November 2021″