fbpx
Now Reading
Honda Malaysia Secara Rasmi Lancar City Hatchback

Honda Malaysia Secara Rasmi Lancar City Hatchback

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Selepas beberapa bulan menanti, Honda Malaysia secara rasmi telah melancarkan model City Hatchback untuk pasarn tempatan.

Model pengganti kepada Honda Jazz GK yang sudah ditamatkan pengeluarannya di Malaysia pada Oktober lalu akan ditawarkan dengan pilihan tiga varian petrol iaitu 1.5 S, 1.5 E dan 1.5 V.

Dari segi warna, Honda City Hatchback ditawarkan dengan 5 pilihan warna iaitu tiga yang menyamai model Sedan ; Platinum White, Crystal Black Pearl dan Lunar Silver dan dua warna baharu; Ignite Red dan Meteorite Grey Metallic.

Harga

Bagi harganya pula :

Varian asas 1.5 S : Harga bermula dari RM75,670
Varian pertengahan 1.5E : Harga bermula dari RM83,060
Varian tertinggi 1.5 V : Harga bermula dari RM87,860

Kesemua harga ini dalah harga kenderaan atas jalan tanpa insurans dan sudah termasuk rebat cukai jualan dan perkhidmatan (SST). Ia dijangka diterima pelanggan yang menempah seawal-awalnya pada Januari ini.

Model ini juga didatangkan dengan perlindungan waranti pengeluar selama lima tahun tanpa had perbatuan bersama lima servis dengan kos buruh percuma.

Buat peminat hibrid pula, jangan khuatir!

Selain tiga varian petrol ini, Honda dijangka akan memperkenalkan CIty Hatchback dikuasakan enjin petrol elektrik i-MMD, e:HEV RS pada awal tahun hadapan.

Sama seperti RS sedan tempoh hari,  ia akan hadir dalam tahap kemasan paling sporty.

Dari segi enjin, varian-varian petrol penuh ini akan dikuasakan dengan 1.5-Liter DOHC i-VTEC 4-Silinder yang menghasilkan 119hp, 145Nm tork bagi menggantikan enjin SOHC i-VTEC yang digunakan pada Jazz GK. Model ini bagaimanapun masih dibekalkan dengan kotak gear CVT automatik bagi memacu roda hadapan (Front wheel drive / FWD).

Manakala untuk varian hibrid, ia akan dikuasakan dengan unit rangkaian kuasa hibird i-MMD (intelligent-Multi Mode Drive) yang terdiri dari enjin 1.5 liter i-VTEC kitaran-Atkinson berkuasa 98 PS dan tork maksima 127Nm.

Ia juga akan digandingkan dengan dua motor elektrik iaitu unit motor generator (MGU) bersama satu lagi motor utama yang digelar sebagai Traction Motor.

Reka bentuk

Dari segi reka bentuk, model Hatchack masih berkongsi interior yang sama seperti model sedan mereka antaranya dashboard, stereng dan juga tempat duduk bahagian hadapan.

Namun model ini turut hadir dengan konfigurasi Ultra Seat yang menyamai Honda Jazz, dengan menawarkan empat larasan tempat duduk fleksibel iaitu mod Refresh, Long, Tall dan Utility.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.