fbpx
Now Reading
Ini Cara Mudah Mendapatkan Penjimatan Bil Internet Sambil Menonton Ribuan Filem & Drama Menarik

Ini Cara Mudah Mendapatkan Penjimatan Bil Internet Sambil Menonton Ribuan Filem & Drama Menarik

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Semua pasti bersetuju kalau kami katakan internet kini sudah menjadi keperluan asas bagi rakyat di negara kita.

Ini kerana dunia digital sudah mula memainkan peranan yang besar baik dari sektor ekonomi malahan dalam kehidupan harian seperti bekerja dan belajar.

Penularan wabak Covid-19 dalam masa sama turut menyebabkan orang ramai khususnya ‘kaki wayang’ dari golongan bujang mahupun yang sudah berkeluarga mula beralih untuk mendapatkan hiburan di dalam rumah antaranya dengan menonton pelbagai rancangan dan saluran hiburan menarik.

Dengan semua kemudahan ini,  pasti urusan anda di rumah lebih mudah malah lebih selamat tanpa perlu merisikokan diri untuk berada di luar rumah.

Diringkaskan, Internet + Hiburan dirumah (TV/Filem/Drama) = Hidup Bahagia

Namun disebabkan keadaan ekonomi yang kurang memberangsangkan, ramai mula berkira-kira dan mula berjimat dalam berbelanja.

Persoalannya masihkah ada cara untuk anda mendapatkan penjimatan serta tidak koyak poket namun dalam masa masih memiliki internet yang laju dan dapat menstrim ribuan drama dan filem menarik di rumah?

Foto: CottonBro

Jawapannya ada!

Semua ini boleh anda nikmati menerusi tawaran pakej terbaharu Astro & Broadband Bundle oleh Astro dimana anda bakal mendapat penjimatan sehingga RM936!

Bunyi macam menarik bukan?

Menerusi ‘tolak tambah’ yang kami lakukan, pakej Astro & Broadband dengan internet berkelajuan 100Mbps dari Maxis Fibre ini yang ditawarkan dari 15 November sehingga 31 Januari 2022 sememangnya berbaloi dan lebih menjimatkan.

Malah selamat untuk kami katakan, bundle terbaharu ini juga bersesuaian di mana ia  mampu membuatkan anda untuk lebih berjimat cermat berbanding kekal dengan langganan individu dan pakej-pakej Astro yang terdahulu.

Menerusi tiga perbandingan di bawah ini, anda mampu mendapatkan penjimatan sebanyak RM39 – RM40 setiap bulan (RM936 – RM960 untuk 2 tahun) berbanding terus kekal dengan langganan secara berasingan.

Perbandingan 1 :

Perbandingan 2:

Perbandingan 3:

Akses semua aplikasi penstriman hanya dengan menggunakan Astro 

Bukan itu sahaja, pek terbaru ini juga direka khas untuk pelanggan yang gemarkan dunia penstriman dan sentiasa berhubung di antara satu sama lain.

Ini bermakna anda kini boleh mengakses aplikasi penstriman seperti Netflix,  Disney+ Hotstar, HBO GO, iQIYI, TVBAnywhere+ serta acara sukan berprestij dunia hanya menggunakan peranti Astro iaitu Ultra Box dan juga Ulti Box.

Foto : Astro

Lagi lah mudah bukan? 

Dengan kelebihan ini, kaki movie dan drama kini boleh menonton ribuan naskah menarik dari semua platform penstriman popular di atas tanpa perlu risaukan caj tambahan.

Lebih penting, buat kaki movie seperti anda dan kami, urusan memilih drama dan filem juga semakin mudah di mana semua kini boleh dilakukan hanya dengan menggunakan satu remote sahaja.

Foto: Astro

Urusan pembayaran bil juga lebih mudah 

Tidak dilupakan, urusan pembayaran  juga akan menjadi lebih mudah di mana semuanya akan disatukan di bawah satu bil yang sama.

Dengan penjimatan sebegini anda pastinya boleh menarik nafas lega dimana anda bukan sahaja dapat berjimat malah ia langsung tidak mengorbankan aktiviti hiburan di rumah anda!  

Keluarga di rumah juga pasti lebih seronok!

Kredit Foto : Pexels

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.