fbpx

Beri Pengaruh Tak Elok, Ahli Parlimen Gesa Kerajaan Tapis Konten Di Platform Penstriman

Beliau berkata kajian mendedahkan golongan muda terpengaruh dengan budaya tidak elok akibat aksi negatif yang disajikan di filem.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum pasti mengetahui konten yang ditayangkan di aplikasi penstriman seperti Netflix dan HBO Max kebanyakannya kurang ditapis.

Mungkin ia hanyalah satu isu kecil buat segelintir pengguna, namun perkara ini sering menghantui mereka yang bergelar ibu bapa dalam memantau aktiviti mereka di platform sedemikian.

Terbaharu, seorang Ahli Parlimen (MP) menggesa kerajaan agar melaksanakan garis panduan untuk semua platform digital dan penstriman langsung dalam mengeluarkan naskah dan filem mereka.

Menerusi laporan FMT, Shaharizukirnain Abd Kadir yang merupakan Ahli Parlimen Setiu berpendapat ia harus dilaksanakan bagi mengelakkan penyebaran pengaruh tidak baik kepada golongan muda.

Beliau sewaktu berbahas di Dewan Rakyat berkata kajian mendedahkan golongan muda mudah terbabit dengan budaya samseng akibat pengaruh filem ditonton mereka yang memaparkan aksi negatif.

Malah pengaruh filem yang tidak senonoh seperti isu kemaksiatan dan persekitaran yang tidak sihat turut mendorong kepada berlakunya perzinaan.

“Begitu juga dengan isu perzinaan yang berlaku akibat terangsang daripada aksi-aksi lucah di televisyen”

Beliau dalam masa sama turut mendakwa ada pihak yang seolah-olah cuba menyerapkan unsur LGBT di dalam filem bagi “menormalisasikan” budaya LGBT.

“Selain itu, unsur LGBT juga diserap sehinggakan sesetengah pihak cuba menormalisasikan budaya berkenaan dalam minda masyarakat,” katanya di Dewan Rakyat.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.