fbpx
Now Reading
Ramai Kecewa Gagal Akses Portal MyBayar & MySikap Untuk Dapat Tawaran Diskaun Saman Sehingga 80%

Ramai Kecewa Gagal Akses Portal MyBayar & MySikap Untuk Dapat Tawaran Diskaun Saman Sehingga 80%

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui hari ini sudah bermula penawaran diskaun sehingga 80% untuk saman terpilih yang dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan juga Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersempena dengan 100 hari Keluarga Malaysia.

Baru sahaja berlangsung pagi tadi, 9 Disember sehingga 12 Disember, penawaran ini yang pada mulanya dibuka untuk pembayaran secara offline di kiosk kemudian turut diperluaskan secara atas talian dari 9 pagi sehingga 6 petang.

Namun sejak pagi tadi, ramai netizen yang menyuarakan kekecewaan mereka kerana gagal mengakses kedua-dua portal milik agensi berkenaan iaitu MySikap dan MyBayar untuk melakukan pembayaran.

Malah semakan kami mendapati terdapat kerja penambahbaikan yang sedang dilakukan seperti yang tertera pada kedua-dua laman web tersebut.

Foto : laman MySikap
Foto : laman MyBayar

JPJ kemudian menerusi satu hantaran turut memaklumkan sistem MySikap mereka mengalami masalah namun bukanlah disebabkan penambahbaikan sebaliknya disebabkan capaian trafik yang tinggi.

Isu tersebut menyebabkan akaun Facebook rasmi PDRM dan JPJ diserang ‘netizen’ yang tidak berpuas hati kerana mereka gagal melakukan pembayaran.

Saman PDRM boleh dilakukan selepas waktu kerja

PDRM menerusi satu kenyataan kemudian memaklumkan orang ramai tidak perlu tergesa-gesa mengakes portal berkenaan pada waktu puncak, sebaliknya mereka boleh melakukannya selepas jam 6 petang.

Menurut mereka ini kerana perkidmatan pembayaran dalam talian berkenaan beroperasi 24 jam sepanjang tempoh kawaran kompaun diadakan.

Namun setakat ini belum ada sebarang makluman dari pihak JPJ adakah mereka akan menawarkan servis 24 jam secara online sama seperti PDRM.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.