“Bila Nak Habis Gejala Buli Ni?” – Netizen Berang Pelajar Buli & Jadikan Rakan Punching Bag
Difahamkan insiden itu berlaku di sebuah sekolah di Perak dan melibatkan pelajar berusia 13 tahun dan 15 tahun.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Pengguna media sosial hari ini melahirkan rasa tidak puas hati dan kesal mereka ekoran penularan sebuah klip video memperlihatkan seorang pelajar menjadi mangsa buli rakan-rakannya.
Mula dimuat naik seorang pengguna Facebook, Faez Hamzah ia kemudian tular di aplikasi Twitter selepas dikongsikan @Ekax_
Menerusi video tersebut, sekumpulan pelajar dari sebuah sekolah berasrama dilihat mengerumungi mangsa sebelum seorang dari mereka menumbuk mangsa sambil tertawa.
“Ini kalau anak orang mati lepastu cakap takde niat membunuh?!! Lepastu bebas tali gantung? lepastu sampai bila nak habis gejala buli ni?!!! Sakitnya hati aku!” ciap @Ekax_.
Menerusi thread panjang lebar yang dikongsikan pengguna Twitter tersebut, insiden itu dipercayai berlaku di sebuah sekolah di Perak dan melibatkan pelajar berusia 13 tahun dan 15 tahun.
Jelas wanita ini lagi, dia turut menerima mesej peribadi (DM) yang memintanya untuk menurunkan video berkenaan.
Dia bagaimanapun memaklumkan tidak akan membuang video tersebut selagi tiada tindakan yang diambil terhadap pelaku.
Penularan video tersebut nyata menaikkan kemarahan netizen di Twitter yang menyifatkan sudah muak dengan insiden buli membabitkan pelajar.
Pengguna di Facebook turut meluahkan perkara sama memandangkan isu buli lagi perkara baru di negara kita.
Ramai yang mahukan kesemua pembuli disiasat dan dikenakan hukuman setimpal. Ini menurut mereka bagi mengelakkan satu lagi insiden buruk seperti yang menimpa Pegawai Kadet Laut UPNM, Arwah Zulfarhan Osman yang meninggal dunia selepas dibuli rakan-rakannya.