
Dikecam Selepas Tular Video Minta Dipanggil ‘Daddy’ Semasa Ajar Tuisyen, Sir Uzairi Kemuka Peletakan Jawatan
Dia dalam masa turut meminta orang ramai agar tidak mengaitkan isu tersebut dengan rakan pengajar yang lain.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Media sosial sejak semalam hangat memperkatakan mengenai penularan satu video memperlihatkan guru tuisyen terkenal, Sir Uzairi meminta pelajar memanggilnya dengan panggilan ‘daddy’ sewaktu dalam satu sesi pembelajaran secara dalam talian.
Isu tersebut membuatkan Sir Uzairi atau nama sebenarnya Uzairi Mohd Taib yang begitu terkenal dengan gaya santai semasa mengajar dikecam hebat oleh netizen.
Ini kerana mereka berpendapat gelaran ‘daddy’ adalah satu sindiran seks (sexual innuendo) yang tidak patut digunakan oleh seorang pendidik apatah lagi digunakan untuk pelajar di bawah umur.
— green apple (@BATR1SYIA) December 8, 2021
Mohon maaf kepada semua pihak
Teruk dikecam, Uzairi menerusi satu ciapan kemudiannya membuat permohonan maaf kepada orang ramai di atas keterlanjuran kata-katanya.
Mengakui peka dan tahu kod etika yang harus dipatuhi sebagai seorang pendidik, Uzairi bagaimanapun tidak menyangka kecuaian yang telah dilakukannya iaitu melakukan ‘lawak santai’ telah berubah menjadi sesuatu perkara yang serius.
“Sebagai pendidik saya sedar tentang kod etika yang patut saya patuhi… Disebabkan kecuaian saya, apa yang sepatutnya menjadi gurauan santai telah menjadi sesuatu yang serius.
“Dari lubuk hati, saya benar-benar memohon maaf kerana tersilap kata. Saya jadikan pengalaman ini satu pengajaran dan membuat keputusan untuk berehat seketika untuk bermuhasabah.
as an educator, i am fully aware of the code of ethics i must observe and of the best interest of all my students of whom i hold to the highest standard.
— Uzairi Taib (@uzairitaib) December 8, 2021
due to my personal negligence, what may have begun as a casual joke turns out to be something very serious.
i truly hope that everyone has the goodness to spare my fellow team members further harassment. they have done absolutely nothing to deserve this.
— Uzairi Taib (@uzairitaib) December 8, 2021
Hantar surat perletakan jawatan
Sehubungan itu dia memaklumkan sudah pun menghantar surat perletakan jawatan dari bergelar tenaga pengajar di pusat tuisyen MCplus. Dia dalam masa turut meminta orang ramai agar tidak mengaitkan isu tersebut dengan rakan pengajar yang lain.
“Saya amat berharap agar semua orang tidak mengganggu rakan setugas saya. Mereka tidak melakukan apa-apa (kesalahan) untuk menerima semua ini.
“Sehubungan itu saya dengan ini mengemukakan perletakan jawatan saya dari McPlus dengan serta merta. Saya juga bersedia untuk menghadapi apa saja kemungkin ekoran dari insiden malang ini.
therefore, i am tendering my resignation from @mcplus_my effective immediately. i am fully prepared to face the consequences as a result of this unfortunate event.
— Uzairi Taib (@uzairitaib) December 8, 2021
Perkongsian tersebut nyata mendapat pelbagai respon dari netizen. Namun rata-rata pelajar di sana dilihat sedih dengan keputusan beliau dan menyifatkan Uzairi sebagai seorang pendidik yang baik serta berdedikasi dan mempunyai reputasi yang begitu cemerlang.
Direhatkan selama sebulan
Namun menerusi satu kenyatan yang dikongsikan di IG Story McPLus, Sir Uzairi telah diberikan rehat selama sebulan dari tugasnya iaitu dari 9 Disember hingga 9 Januari 2022.
Sepanjang ketiadaannya itu, semua kelas dan seminar melibatkan pendidik ini akan digantikan oleh cikgu lain.
“Dimaklumkan bahawa Sir Uzairi direhatkan dari perkhidmatan di MCPlus selama 1 bulan bermula 9 Disember sehingga 9 Januari.
“Semua jadual kelas dan seminar yang melibatkan Sir Uzairi akan digantikan dengan cikgu yang lain”
“Jadual baru akan dikeluarkan segera. Akan menyusul notis tambahan kemudian,” tulis kenyataan tersebut.

Uzairi Mohd Taib telah direhatkan daripada tugasnya selama sebulan bermula 9 Disember hingga 9 Januari 2022.
Baca artikel berkaitan :