fbpx
Now Reading
Polis Siasat Video Tular Buli Pelajar Sekolah, Bukan Institusi Bawah KPM

Polis Siasat Video Tular Buli Pelajar Sekolah, Bukan Institusi Bawah KPM

Dalam perkembangan sama, Menteri Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin memaklumkan insiden berkenaan bukan berlaku di institusi di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Polis Diraja Malaysia difahamkan sudah membuka satu siasatan berhubung penularan sebuah video memperlihatkan seorang pelajar di sebuah sekolah di utara tanah air yang menjadi mangsa buli rakan-rakannya.

Baca artikel berkaitan : “Bila Nak Habis Gejala Buli Ni?” – Netizen Berang Pelajar Buli & Jadikan Rakan Punching Bag

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid mengesahkan kejadian berkenaan berlaku di negeri tersebut dan pihaknya sudahpun mengarahkan polis Kuala Kangsar untuk melakukan siasatan.

“Saya baru terima video tular itu pagi ini dan telah mengarahkan polis Kuala Kangsar untuk menjalankan siasatan bagi mengetahui bila kejadian buli itu berlaku.

“Kadang-kadang, kejadian berlaku sudah lama, tetapi, ditularkan semula, apa pun saya belum dapat beri pengesahan, biar kita siasat dan dapat kesahihan dahulu,” katanya dipetik dari Utusan.

Bukan institusi bawah KPM

Dalam perkembangan sama, Menteri Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin memaklumkan insiden berkenaan bukan berlaku di institusi di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

“Berkaitan video tular, siasatan awal mendapati ia tidak melibatkan institusi bawah KPM. KPM telah berhubung dengan pihak terlibat & dimaklumkan tindakan susulan telah diambil.”

Terdahulu insiden tersebut menjadi perbualan hangat di media sosial selepas ramai netizen menyuarakan rasa kesal mereka dengan apa yang terjadi.

Ramai yang meminta pembuli dikenakan hukuman setimpal demi mengelakkan kejadian lebih serius berlaku seperti insiden yang menimpa Pegawai Kadet Laut UPNM, Arwah Zulfarhan Osman yang meninggal dunia selepas dibuli rakan-rakannya.

Baca artikel berkaitan :

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.