fbpx
Now Reading
Vokalis Kumpulan Screen, Gmie Meninggal Dunia

Vokalis Kumpulan Screen, Gmie Meninggal Dunia

Allahyarham Gmie atau nama sebenarnya, Hajmi Ibrahim menghembuskan nafas terakhir pada usia 50 tahun akibat penyakit buah pinggang berlubang.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Penyanyi terkenal yang merupakan vokalis kumpulan Screen, Gmie dilaporkan meninggal dunia pada pukul 2.30 pagi di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.

Allahyarham Gmie atau nama sebenarnya, Hajmi Ibrahim menghembuskan nafas terakhir pada usia 50 tahun akibat penyakit buah pinggang berlubang.

Menerusi laporan Astro Awani, anak Allahyarham, Siti Hadirah, menjelaskan arwah sejak beberapa hari lalu agak kurang sihat.

Dia kemudian dikhabarkan pengsan lantas dibawa ke hospital untuk menerima rawatan.

Namun pagi tadi, keluarga diberitahu bahawa arwah dalam keadaan kritikal sebelum mengembuskan nafas terakhir.

“Abah pengsan sebab kekurangan darah. Keluarga buat keputusan bawa Allahyarham ke hospital. Semasa dirawat di hospital, keadaan abah stabil dan kami sempat juga membuat video call.

“Dalam pukul 1.30 pagi tadi, doktor bagitahu keadaan abah kritikal sebelum kami diberitahu dia (abah) sudah tiada,”

Anak Allahyarham, Siti Hadirah,

Foto : mStar

Gmie dikenali sebagai penyanyi ternama sejak membuat kemunculan bersama kumpulan Screen di era 90-an. Antara lagu beliau bersama Screen yang menjadi siualan anak muda pada ketika itu adalah Bila Cinta Didusta, Tak Suka Tak Apa dan banyak lagi.

Nama arwah kembali meningkat selepas menyertai pertandingan Gegar Vaganza musim ketiga pada 2016.

Takziah kami ucapkan kepada keluarga arwah..

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.