fbpx
Now Reading
18 Pegawai Rendah Polis Johor Dibuang Kerja – Datuk Ayob Khan

18 Pegawai Rendah Polis Johor Dibuang Kerja – Datuk Ayob Khan

Angka ini mencatatkan penurunan berbanding tahun lalu di mana 46 anggota polis telah dibuang kerja atas pelbagai kesalahan menjadikannya yang tertinggi di Malaysia.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seramai 18 pegawai rendah polis dan seorang pegawai awam Kontinjen Johor telah dibuang kerja kerana terlibat dengan pelbagai salah laku sepanjang tahun ini.

Perkara itu dikongsikan Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay sewaktu memberikan ucapan pada majlis Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Johor di Johor Bahru semalam.

Mendedahkan perkara itu Ayob berkata terdapat 11 lagi salah laku tatatertib membabitkan pegawai rendah polis yang membolehkan tindakan buang kerja.

Angka ini yang ambil dari tempoh Januari hingga November dilihat menurun berbanding rekod tahun lalu di mana 46 anggota polis telah dibuang kerja atas pelbagai kesalahan di bawah Peraturan 37 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam 1993 menjadikannya yang tertinggi di Malaysia.

“Dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab, kita harus berpegang teguh kepada aspek integriti, amanah, tegas, adil dan berhemah. Dalam menjalankan tugas, kita ditohmah, dikritik, dikecam dan diugut. Sebarang kelemahan dan kekhilafan anak-anak buah, saya akan bertanggungjawab.

“Sebanyak 256 Kertas Siasatan Tatatertib (KST) telah dibuka dan daripada jumlah itu, 228 KST telah selesai dengan pencapaian sebanyak 89 peratus,” kata Ayob yang turut menegaskan tidak akan berkompromi dengan mana-mana kakitangan yang melakukan salah laku ketika bertugas.

Foto : Malaymail

Indeks jenayah Johor turun 40%

Mengulas mengenai statistik indeks jenayah negeri Ayob Khan melaporkan terdapat penururan mendadak sebanyak 40% kepada 4,036 kes berbanding 6,726 kes tahun lalu.

Tambah beliau lagi, penurunan 32.62% juga dicatat bagi jenayah kekerasan, manakala jenayah harta benda menurun 41.68 %.

“Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri berjaya menangkap 12,828 atas pelbagai kesalahan dadah serta merampas 12.38 tan dadah yang bernilai RM375.93 juta, selain aset sindiket RM30.09 juta.

“Ini adalah rampasan dan sitaan kedua tertinggi antara kontinjen, termasuk kejayaan membongkar lima makmal haram dadah dan enam stor dadah dengan nilai keseluruhan RM355.34 juta selain 20 sindiket pengedaran yang ditumpaskan,” kata beliau lagi.

 

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.