fbpx
Now Reading
“Siap Nak Ludah Muka” – Campers Terkejut Diminta Bayar RM50 Kerana Guna Gazebo Awam Semasa Berkelah

“Siap Nak Ludah Muka” – Campers Terkejut Diminta Bayar RM50 Kerana Guna Gazebo Awam Semasa Berkelah

Jelasnya dia diminta membayar RM50 atau mengalihkan khemahnya dari bawah gazebo awam itu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Aktiviti berkelah dan berkhemah kini semakin mendapat tempat di kalangan rakyat Malaysia.

Bukan sahaja menjimatkan, aktiviti sebegini yang biasanya dilakukan di tepi sungai atau pantai akan lebih seronok sekiranya ia berlangsung dengan sempurna seperti yang dirancang.

Namun aktiviti perkelahan seorang lelaki bersama keluarganya di sebuah pantai awam di Tanjung asam, Teluk Kumbar, Pulau Pinang terganggu selepas dia diminta untuk mengalihkan khemahnya yang diletakkan di bawah sebuah gazebo oleh seorang individu yang mendakwa sebagai penjaga di tapak berkenaan.

Menerusi satu perkongsian di Facebook, Panglima Bertaji memaklumkan individu tersebut yang sebenarnya adalah penjaga tandas di pusat peranginan itu memintanya untuk membayar RM50 kerana menggunakan fasiliti tersebut atau dia perlu mengalihkan khemahnya ke tempat lain. Ini kerana menurut individu tersebut, tempat itu sudah ditempah oleh pengunjung lain.

Tidak gentar dengan paksaan lelaki berkenaan, Panglima Bertaji kemudian memaklumkan dia membesar di kawasan tersebut malah tidak pernah mengetahui adanya peraturan yang memerlukan pengunjung untuk membuat bayaran sekiranya ingin menggunakan sebarang kemudahan di sana.

“Hari ni jadi pertengkaran mulut dengan mangkok hayun ni. Kita dari kecik sampai sekarang ni dok mai mandi kat Tanjung asam, Gertak Sanggul ni. Dok berkemah kat sini. Last suruh kita pi pasang tempat lain, nak pasang kat bawah gazebo tu kena bayar rm50…harey betul..kata dia situ ada orang dah booking”

Foto : FB Panglima Bertaji

Isu tersebut membuatkan kedua mereka bertengkar seperti di dalam video yang dikongsikan Panglima Bertaji.

Malah individu itu turut mendakwa bahawa dia adalah orang yang bertanggungjawab mendirikan gazebo berkenaan dengan kos RM9 ribu.

:Dia kata dia dok bayar RM30k kat PJS dan majlis.. Gazebo ni pun dia habiskan duit RM9k kata dia buat.. macam kita ni orang luar dia nak kencing

Panglima Bertaji kemudian mendakwa lelaki itu turut mengugut untuk meludah ke mukanya dipercayai kerana gagal mendapat ‘duit sewaan’.

Dia dalam masa sama turut mengingatkan orang ramai agar berjaga-jaga bagi mengelakkan menjadi mangsa kepada individu tersebut.

“Siap nak ludah pulak muka kita.. Hati-hati sapa nak pasang kemah kat situ sebab situ rasa tempat awam, jadi kalau bagi duit kat dia baik tambah rm30 pi tidur hotel” kataya lagi.

ADUN beri respon, kemudahan adalah percuma

Isu tersebut akhirnya menarik perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri Bayan Lepas, YB Azrul Mahathir Aziz yang tampil menerusi Facebook menegaskan tempat berkenaan adalah kawasan awam justeru tiada sebarang bayaran dikenakan kepada pengunjung.

“Saya tegaskan di sini bahawa kawasan berkenaan adalah milik rizab kerajaan dan boleh digunakan oleh orang awam tidak kira siapa mereka yang hadir untuk menggunakan ruang pantai ataupun Gazebo yang disediakan oleh JPS DBD.

Buat masa ini tiada pihak yang diberikan kuasa untuk mengenakan apa-apa bayaran seperti ‘harta persendirian’ atau pihak yang diberikan kuasa tata kelola kawasan perkelahan tersebut”

Beliau turut meminta orang ramai yang dipaksa untuk membuat bayaran untuk melaporkan perkara berkenaan kepada balai polis berhampiran.

Jika berlaku insiden seperti ini,pengadu boleh membuat aduan di balai polis terdekat. Akhir sekali,marilah kita mencipta kedamaian dan keharmonian saling hormat menghormati satu sama lain.

ADUN Bayan Lepas, YB Azrul Mahathir Aziz

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.