Tular Video Lelaki Terjun, Tasik Cermin Kini Ditutup Kepada Orang Ramai
Majlis Bandaraya Ipoh telah menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat kejadian yang tular.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Media sosial sejak semalam hangat memperkatakan mengenai penularan sebuah video TikTok memperlihatkan seorang lelaki melompat masuk ke dalam tasik terkenal di Ipoh iaitu Tasik Cermin.
Insiden tersebut mencetuskan rasa tidak puas hati netizen kerana tindakan pemuda berkenaan boleh membuatkan kawasan Geotapak itu ditutup kepada orang ramai.
Baca artikel berkaitan : [Video] Aksi Lelaki Terjun Di Tasik Cermin Tanpa Sebab Boleh Jadi Punca Tempat Itu Ditutup
@iamsyafiruz Thank you 🥺 #tasikcerminipoh #WinnerWinnerMoment
♬ suara asli – gabut woi
Ditutup sehingga siasatan kes itu selesai
Terbaharu, apa yang dirisaukan orang awam telah menjadi kenyataan apabila Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin memaklumkan kawasan terkenal itu kini ditutup sehingga siasatan kes itu selesai dijalankan.
Jelas Rumaizi, pembukaan semula untuk kunjungan pelancong akan diumumkan kepada orang ramai kelak.
“Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat kejadian itu dan kes masih dalam siasatan lanjut,” katanya dipetik dari Bernama.
Identiti pelaku dalam siasatan
Menurut beliau identiti pelaku yang terjun ke dalam tasik berkenaan masih lagi dalam siasatan dan tindakan akan dikenakan mengikut undang-undang pihak berkuasa tempatan yang bersesuaian.
Tasik Cermin yang  diletakkan di bawah Geopark Kebangsaan Lembah Kinta, sememangnya adalah sebuah kawasan larangan untuk mandi manda.
Ia perlu dipelihara bagi mengelakkan statusnya sebagai salah satu dari 18 Geotapak yang diwartakan dalam Geopark Kebangsaan Lembah Kinta ditarik semula.
Sekadar info, tempat tumpuan peancong itu sebelum ini pernah ditutup kepada pengunjung pada Mac tahun lalu atas faktor keselamatan.
Baca artikel berkaitan : [Video] Aksi Lelaki Terjun Di Tasik Cermin Tanpa Sebab Boleh Jadi Punca Tempat Itu Ditutup