Berang Isu Harga Ayam Tak Selesai, YB Hulu Kinta Bawa Masuk Ayam Dalam Sidang DUN Perak

Sejak kebelakangan ini, isu kenaikan harga barang khususnya barangan mentah seperti sayur, telur ayam dan ayam antara topik yang paling hangat diperkatakan di media sosial.

Ramai yang meluahkan rasa kecewa mereka ekoran dari kenaikan mengejut banyak barangan asas sehingga menyifatkan ianya tidak selari dengan kadar gaji minimum yang masih kekal di takuk lama.

Terbaharu isu tersebut kembali hangat diperkatakan di media sosial selepas tular video memperlihatkan Adun Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Kinta, Muhamad Arafat Varisai Mahamad membawa ayam masuk ketika sesi perbahasan pada Mesyuarat Kedua, Tahun Keempat Dewan Negeri Ke 14 Perak Darul Ridzuan di Bangunan Perak Darul Ridzuan, hari ini.

Difahamkan niatnya membawa masuk ayam mentah berkenaan adalah sebagai tanda protes kerana menurutnya tiada tindakan yang diambil pihak berkuasa dan Exco Perak, Razman Zakaria (ADUN Semanggol) sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan dalam menangani kenaikan harga barangan di sana.

“Isu yang paling merungsingkan rakyat ketika ini adalah isu kenaikan harga barang. Dari hari Jumaat sampai hari ni saya memerhati jawapan dari Exco yang bertanggungjawab tiada satu perkara atau cadangan yang meyakinkan rakyat dalam menyelesaikan masalah ini.

“Apa yang saya faham Gunung Semanggol mendengar dari pegawai.

“Sebelum 7hb (Disember) harga ayam di Gunung Semanggol sendiri sudah mencecah RM10 lebih/kilo. Lepas 7 hb keluar satu skim ‘Harga Maksima Keluarga Malaysia’ oleh KPDNHEP (iaitu) RM9.30. Maknanya apa yang berlaku di kawasan Gunung Semanggol sendiri sangat merungsingkan rakyat.

“Saya terpaksa bawa ayam ini kerana sejak minggu lepas tiada satu tindakan pun diambil EXCO. Adakah dia pernah membuat dialog bersama peruncit, pengusaha dan pemborong untuk melihat dimana masalahanya” kata Muhamad Arafat.

Beliau dalam masa sama turut menunjukkan resit pembeliannya ayam berkenaan sebagai bukti yang ayat tersebut di beli dari kawasan Semanggol.

Dikongsikan wartawan, Mohd Faizal Hassan di Twitter, dan portal Bernama tindakan Muhamad Arafat nyata menarik perhatian ramai netizen.

Ramai yang menyokong tindakan beliau yang dilihat berani dan bertepatan seolah memberikan gambaran yang lebih jelas tentang apa yang sedang dihadapi rakyat Malaysia ketika ini.

Video penuh di sini :

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

1 day ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

1 day ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

1 day ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

2 days ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

2 days ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

2 days ago