fbpx

Kes Buli MRSM : Tegur Rakan Tonton Video Lucah Punca Mangsa Dibuli

PDRM juga sudah merakam percakapan 8 saksi berhubung video yang tular selain merampas 11 telefon bimbit untuk dihantar ke forensik bagi melihat isi kandungannya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Masyarakat baru-baru ini dikejutkan dengan penularan sebuah klip video memperlihatkan seorang pelajar menjadi mangsa buli rakan-rakannya di sebuah sekolah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Perak.

Tindakan beberapa pelaku kemudian membuatkan 6 dari mereka digantung sekolah selama dua minggu.

Baca artikel berkaitan : 6 Pelajar MRSM Terlibat Kes Buli Digantung Sekolah 2 Minggu

Beberapa siri tangkapan turut dilakukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Perak bagi membantu siasatan kes tersebut.

Terbaharu, hasil siasatan dan keterangan yang diperolehi daripada mangsa buli, PDRM mendapati punca kejadian buli disebabkan tindakan mangsa menasihati seorang daripada kumpulan berkenaan agar berhenti menonton video lucah.

Menurut Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid, mangsa turut memberi peringatan kepadanya agar menghentikan perbuatannya atau dia akan melaporkannya kepada guru atau warden.

“Kita sudah menemubual mangsa dan mendapati punca pergaduhan atau mengapa dibuli kerana mangsa dikatakan menasihati salah seorang suspek supaya jangan menonton video lucah melalui telefon bimbit.

“Mangsa mengatakan kalau tidak berhenti menonton video lucah dia akan mengadu dengan guru atau warden.

“Jadi, ia dikatakan menjadi punca suspek bertindak untuk memukul atau membuli mangsa,” katanya dipetik dari Harian Metro.

Seorang pelajar Tingkatan 3 kemudian mengarahkan enam suspek untuk memukul mangsa.

“Pelajar Tingkatan 3 berusia 15 tahun iaitu salah seorang suspek yang ditahan mengarahkan enam suspek untuk menumbuk dan juga menendang mangsa,” 

Sudah rakam percakapan 8 saksi dan rampas 11 telefon bimbit

Tambah beliau lagi, pihaknya juga sudah merakam percakapan 8 saksi berhubung video yang tular selain merampas 11 telefon binbit untuk dihantar ke forensik bagi melihat isi kandungannya.

“Setakat ini polis sudah membuat tangkapan seramai 10 individu yang dikatakan terbabit dengan insiden terbabit termasuk rakan-rakan yang bersubahat dalam insiden.

“Seramai lapan saksi dipanggil dan diambil keterangan, kemudian kesemua suspek dibebaskan dengan jaminan polis selepas selesai rakam percakapan.

Difahamkan mangsa ketika ini masih menerima rawatan di sebuah hospital di Selangor dan dilaporkan dalam keadaan stabil dan tidak mengalami sebarang gejala serius.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.