
Rancang Tingkatkan Pengeluaran, Intel Akan Melabur RM30 Bilion Di Malaysia
Difahamkan Intel memilih Pulau Pinang kerana kebolehan pengeluaran semikonduktor dan teknologi terkini yang terdapat di sana.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Pengeluar cip terkemuka dunia, Intel Corp. dilaporkan akan melabur sebanyak US$ 7 Bilion (RM 30 Bilion) di Malaysia dalam memperluaskan fasiliti pengeluaran cip mereka di Pulau Pinang.
Menerusi laporan Bloomberg, syarikat gergasi teknologi itu akan mengadakan satu sidang media di Lapangan Terbang KLIA pada hari Rabu yang akan dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Intel Patrick Paul Gelsinger, Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa & Industri(MITI), Datuk Seri Azmin Ali dan CEO Malaysia Investment Development Authority (MIDA), Arham Abdul Rahman.
Difahamkan Intel memilih Pulau Pinang kerana kebolehan pengeluaran semikonduktor dan teknologi terkini yang terdapat di sana.
Pengumuman ini dilihat selari dengan kunjungan Gelsinger ke Asia Tenggara khususnya Malaysia.
Perkara sama turut dikongsikan Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow menerusi satu ciapan di Twitter pagi Selasa.
We are delighted that Intel Corp. has decided to invest US$7 billion (RM30 billion) to expand its manufacturing capabilities in advanced semiconductor packaging technology in Penang.https://t.co/WR3lhvVATd
— Chow Kon Yeow (@chowkonyeow) December 14, 2021
Gelsinger yang baru dilantik sebagai CEO Intel pada Februari lalu bagi menggantikan Bob Swan sebelum ini menyasarkan agar Inter kembali menerajui arena semikonduktor sekaligus mengatasi pesaing utama mereka, TSMC.
Selain itu ia juga sebagai usaha mereka untuk menangangi kekurangan pembekalan cip pada peringkat global.
Ini kerana kekurangan pelaburan di kalangan pemain industri sejak beberapa tahun lalu selain faktor lonjakan permintaan untuk peranti pengkomputeran menyebabkan kurangnya bekalan semikonduktor, sesuatu perkara yang tidak pernah berlaku sebelum ini.
Ianya merangkumi komponen untuk pengeluaran kereta hinggalah telefon pintar.
Dengan pelaburan ini, Malaysia akan menjadi hub dan destinasi pelaburan utama mereka di Asia.