
“Kami Nak Beliau Bersama Masyarakat” – Ramai Tak Setuju SAC Nik Ezanee Jadi Juruiring PM
Ramai menyifatkan pertukaran tersebut akan menjadi satu kerugian buat masyarakat.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Sejak semalam nama Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal hangat diperkatakan di media sosial.
Ianya selepas media melaporkan beliau kini secara rasmi telah beralih tugas menjadi pegawai Aide De Camp atau juruiring rasmi kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkuatkuasa semalam, 15 Disember 2021.
Nik Ezanee kini juruiring Perdana Menterihttps://t.co/tdRukfXaq6#AWANInews #AWANI745
— 🇲🇾Astro AWANI🇲🇾 (@501Awani) December 15, 2021
Ia kemudian disahkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, yang memaklumkan perkara berkenaan kepada Berita Harian.
Berita tersebut kemudian menarik perhatian orang ramai di mana rata-rata dilihat tidak bersetuju dengan pertukaran tersebut yang disifatkan satu kerugian buat masyarakat.
Ini kerana Nik Ezanee terkenal sebagai pegawai polis yang berdedikasi dan begitu dekat dengan jiwa orang ramai. Tindakan ini seolah membazirkan kemahiran dan kebolehan beliau dalam perkhidmatan.
Seriously? From a crimebuster and people's hero to just an ADC to PM? Somebody obviously doesn't like him to be on the ground.
— arifakib (@arifakib1) December 15, 2021
https://t.co/4P9BUOFhKj
Malah ada yang berpendapat pertukaran berkenan seumpama satu downgrade buat beliau apatah lagi beliau begitu dikenali sebagai pegawai yang mesra rakyat.
Bukan itu sahaja beliau turut dikenali cekap dan pantas dalam menyelesaikan hal-hal jenayah berlaku baik di daerah Petaling Jaya mahupun di Selangor.
What a downgrade.@Nik_Ezanee a @PDRMsia officer worth his salt,gets a menial role?😳
— MalaysianCitizen (@MalaysianCitiz3) December 15, 2021
Still remember I whatsaap Tuan Nik to salur info,within 5 minutes his team arrived.He knew PJ had gambling dens & took action including changing KPB.
Ini mesti nak letak Budak kita kat JSJ! https://t.co/NEmhd3MCTc
Menerusi penelitian kami di Facebook, ramai yang turut tidak bersetuju dengan keputusan tersebut.
Berikut antara komen-komen yang dilontarkan pengguna Facebook :
Kami nak dia bersama rakyat



Masyarakat lebih perlukan pegawai macam ni

Sepatutnya jadi Ketua Polis untuk negeri

Baca artikel berkaitan :