fbpx

Gara-Gara Dibina Dengan Kerjasama China, Rakyat Vietnam Boikot Guna MRT Pertama Mereka

Difahamkan pengurusan MRT merekodkan jumplah penumpang yang begitu kecil iaitu hanya 12,000 orang setiap hari.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sekitar awal November lalu, kerajaan Vietnam telah melancarkan Hanoi Metro, perkhidmatan transit aliran massa (MRT) pertama di negara mereka.

Terletak di ibu kota Vietnam, iaitu bandar Hanoi, perkhidmatan tersebut bagaimanapun tidak mendapat sambutan dikalangan penduduk bahkan ramai rakyat di sana yang memboikotnya.

Semuanya gara-gara pembinaan MRT berkenaan yang dilakukan dengan kerjasama negara China.

Lebih mengejutkan apabila agensi berita di sana melaporkan pengurusan MRT merekodkan jumlah penumpang yang begitu kecil iaitu hanya 12,000 orang atau 60 penumpang bagi setiap perjalanan setiap hari.

Malah menurut mereka, hanya 8% sahaja dari penduduk Hanoi yang telah atau pernah menggunakan MRT berkenaan sejak ia dilancarkan pada 6 November.

Foto : VNExpress

Angka itu dilihat begitu rendah berbanding kapasiti kapasiti sebenar yang mampu menampung satu juta penumpang setiap hari dalam usaha mengurangkan kesesakan trafik di bandar tersebut.

Keadaan ini nyata menggusarkan pihak berkuasa tempatan (PBT) di sana memandangkan pembinaan perkhidmatan MRT yang merangkumi laluan sepanjang 13 kilometer dengan 12 stesen dari utara Hanoi ke kawasan barat daya Ha Dong itu telah menelan kos belanja yang begitu besar.

Mengikut perancangan asal pada 2008, projek tersebut akan menelan kos sebanyak US$552.8 million (RM2.32 bilion), ia bagaimanapun telah meningkat menjadi US$868 million (RM 3.66 bilion)

Bahkan mereka terpaksa menghabiskan masa hampir 10 tahun untuk menyiapkan projek berkenaan ekoran dari pelbagai masalah yang timbul termasuklah isu kekurangan pengalaman dari Vietnam selain isu antarabangsa membabitkan kedua-dua negara.

Sebagai contoh, projek berkenaan turut tertangguh apabila berlaku konflik di antara Vietnam dan China selepas negara komunis itu menempatkan struktur cari gali minyak di perairan yang sedang dituntut oleh Vietnam beberapa tahun lalu.

Keadaan ini menimbulkan rasa tidak senang di kalangan rakyat Vietnam apatah lagi status China sebagai penyumbang utama dana bagi projek MRT berkenaan.

Ekoran dari itu ramai mula melancarkan kempen memboikot perkhidmatan MRT berkenaan dan menggunakan slogan “Chinese factor” sebaik ia mula dilancarkan. Ternyata laungan mereka menjadi apabila ramai mula memboikot MRT tersebut.

Malah ramai rakyat di sana mengharapkan agar sebarang pembangunan atau projek pada masa akan datang tidak lagi melibatkan negara China sebaliknya mereka lebih selesa bekerjasama dengan Jepun.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.