fbpx
Now Reading
Lelaki Diusir Keluar Dari Pesawat Selepas Guna Seluar Dalam Sebagai Face Mask [Video]

Lelaki Diusir Keluar Dari Pesawat Selepas Guna Seluar Dalam Sebagai Face Mask [Video]

Ekoran dari insiden itu, dia kini dilarang dari menaiki penerbangan United Airlines sehingga kes itu disiasat.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tajuk yang mungkin melucukan namun itulah yang terjadi kepada seorang lelaki apabila dia diusir keluar dari sebuah penerbangan di Amerika Syarikat gara-gara tindakannya yang enggan mematuhi peraturan Covid-19 yang ditetapkan Transportation Security Administration(TSA).

Adam Jenne, dari Miami, Florida yang sepatutnya terbang ke Washington D.C bersama penerbangan United Airlines bertegas tidak mahu menggunakan pelitup muka sebaliknya menggunakan sehelai seluar dalam wanita berwarna merah untuk menutup muka dan hidungnya.

Malah menurut lelaki berusia 38 tahun itu, penggunaan seluar dalam sebagai pelitup muka sebenarnya sudah cukup untuk membuktikan dia telah mematuhi peraturan berkenaan.

Ekoran dari itu dia akhirnya diarahkan keluar sebelum pesawat berkenaan berlepas dari lapangan terbang Fort Lauderdale, Miami.

Menerusi video yang tular di media sosial, Jenne dilihat dihampiri oleh seorang beberapa krew penerbangan yang memintanya untuk keluar dari pesawat kerana tidak menggunakan pelitup muka yang betul.

“Anda perlu turun dari kapal terbang. Kami tidak akan benarkan anda untuk terbang,’kata seorang krew penerbangan.

“Kenapa?” tanya Jenne.

“Kamu tidak mematuhi peraturan pelitup muka” jawab krew berkenaan.

Tetap dengan pendiriannya dia akhirnya bangkit dan keluar dari pesawat berkenaan.

Mungkin terkejut dengan tindakan krew penerbangan, beberapa penumpang kemudian turut keluar dari pesawat tersebut sebagai tanda sokongan terhadapnya.

Menurut laporan Fox 4, Jenne mendedahkan dia sebenarnya tidak bersetuju dengan peraturan yang mewajibkan penumpang untuk memakai pelitup muka semasa berada di dalam kapal terbang.

Justeru itu dia mahu melakukannya dengan caranya tersendiri iaitu menggunakan seluar dalam wanita.

Ekoran dari kejadian itu, Jenne mendedahkan dia menerima e-mel dari United Airlines yang memaklumkan dia kini dilarang dari menaiki penerbangan mereka sehingga kes tersebut disiasat.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.