fbpx
Now Reading
Isu Banjir, Persatuan Insurans Gesa Orang Ramai Semak Perlindungan Dalam Polisi

Isu Banjir, Persatuan Insurans Gesa Orang Ramai Semak Perlindungan Dalam Polisi

Secara ringkas, bukan semua pemegang polisi/insurans baik rumah mahupun kereta mempunyai perlindungan terhadap kerosakan bencana alam seperti banjir.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dua persatuan insurans iaitu Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) dan Malaysian Takaful Association (MTA) hari ini menggesa orang ramai agar menyemak perlindungan polisi bagi memastikan sama ada harta benda mereka mempunyai perlindungan terhadap kerugian atau kerosakan akibat banjir.

PIAM dan MTA menerusi satu kenyataan bersama berkata ianya perlu kerana banjir yang merupakan bencana alam adalah perlindungan tambahan yang tidak dimasukkan secara automatik atau standard di bawah sijil polisi kebakaran dan kenderaan motor.

Diringkaskan, ini bermakna bukan semua pemegang polisi/insurans baik rumah mahupun kereta mempunyai perlindungan terhadap kerosakan bencana alam seperti banjir.

“Memandangkan banjir adalah perlindungan tambahan (pilihan) di bawah sijil polisi kebakaran dan kenderaan motor, semua pemegang polisi/sijil dinasihatkan untuk menyemak perlindungan polisi mereka dalam memastikan harta telah diinsuranskan terhadap banjir.

“Jika perlu, pemegang polisi/sijil dinasihatkan untuk menghubungi perantara atau penanggung insurans atau pengendali takaful masing-masing untuk mendapatkan nasihat dan penjelasan lanjut,”

PIAM dan MTA

Foto : Malaymail

PIAM dan MTA pada masa sama turut memberi jaminan kepada semua pemegang polisi bahawa ahli mereka bersedia untuk menghulurkan bantuan kepada semua pemegang polisi/sijil yang terjejas akibat banjir dalam meminimumkan kesan kewangan melalui proses tuntutan yang dipercepatkan dan pertimbangan khas mengikut kes.

“Pemegang polisi/sijil dinasihatkan untuk menghubungi syarikat insurans atau pengendali takaful mereka bagi mendapatkan nasihat lanjut kerana skop perlindungan, terma dan syarat termasuk bantuan yang diberikan oleh syarikat insurans atau pengendali takaful mungkin berbeza-berbeza.”

Semak cara melakukan tuntutan banjir buat yang layak

Mereka turut berkongsi beberapa langkah yang dapat dilakukan bagi memastikan syarikat insurans/pengendali takaful dapat membantu mempercepatkan proses tuntutan iaitu:

Langkah 1 : Semak sama ada polisi/sijil anda mempunyai perlindungan banjir.

Langkah 2 : Maklumkan pada ejen atau pengantara mengenai jumlah dan maklumat kerugian

Langkah 3 : Berikan maklumat lengkap termasuk semua dokument sokongan yang relevan (bersama gambar jika ada) kepada pengendali takaful atau penanggung insurans.

Langkah 4 : Bergantung kepada kondisi kerugian, syarikat insurans/pengendali takaful mungkin akan melantik penyelaras kerugian bebas dalam membantu pelanggan untuk memfailkan tuntutan.

Mereka dalam masa sama turut mengingatkan orang ramai yang tidak terkesan agar menyemak perlindungan bagi memastikan kepentingan mereka dilindungi secukupnya termasuklah dalam hal seperti bencana alam.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.