Lambat Tangani Isu Banjir, Ahli Parlimen Mahu Penjelasan Jemaah Menteri

Umum pasti mengetahui negara sejak hujung minggu lalu dilanda banjir besar ekoran dari hujan lebat yang berterusan selama beberapa hari.

Keadaan menyebabkan banyak kawasan di beberapa negeri ditenggelami air dan terputus hubungan dengan dunia luar.  Bukan itu sahaja ada di kalangan mangsa banjir yang terperangkap berjam-jam lamanya sementara menunggu bantuan untuk diselamatkan.

Malah ada yang masih lagi menanti diselamatkan ketika artikel ini ditulis.

Di media sosial, ramai yang mula mempersoalkan tindakan kerajaan yang disifatkan lambat bertindak hingga menyebabkan ramai mangsa terperangkap.

Bahkan sejak semalam media mula melaporkan sudah ada beberapa insiden kematian di lima negeri terlibat antaranya di Shah Alam dan Hulu Langat.

Baca artikel berkaitan : Kematian Pertama Akibat Banjir Direkod Di Shah Alam, Malam Tadi (19 Disember)

Terbaharu, Dewan Rakyat kecoh selepas beberapa Ahli Parlimen pembangkang bangkit meminta penjelasan dari Kerajaan Persekutuan kerana agak lambat bertindak.

Jelas mereka apa yang ingin dibangkitkan bukanlah mengenai peruntukan sebaliknya tentang kelewatan operasi menyelamat mangsa banjir.

Menurut Ahli Parlimen Kota Raja Mohamad Sabu, beliau sendiri terpaksa ‘berkampung’ di sebuah stesen minyak selama 8 jam kerana tiada bantuan sehingga tidak dapat membantu penduduk di kawasan parlimennya.

“Ramai nelayan ingin menawarkan bot-bot mereka untuk tujuan menyelamat. Tetapi bot nelayan tak sesuai untuk operasi sebegitu. Saya sendiri tersangkut lapan jam di stesen minyak. Ramai tanya mana wakil-wakil rakyat, tetapi kami sendiri pun terkandas.

“Di mana bot penyelamat dari Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia, dan yang lain-lain?”.

“Saya tak tahu apa Menteri dan Perdana Menteri (Ismail Sabri Yaakob) buat ketika begini. Dapat markah 90% (petunjuk prestasi utama kerajaan) tetapi kita lihat banjir dah masuk hari kedua tak sampai lagi bantuan banjir. Sepatutnya dah sampai,”

Ahli Parlimen Kota Raja, Mohamad Sabu

Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng (PH-Bagan) turut meminta kerajaan untuk menjelaskan langkah yang perlu diambil demi menangani masalah itu.

“Kita perlu satu jawapan yang penting daripada kerajaan, khususnya langkah-langkah perlu yang diambil untuk tangani masalah ini.

“Ini kerana telah berlaku kematian. Saya harap ada seorang Menteri berkaitan untuk memberikan penjelasan langkah diambil untuk memulihkan dengan segera.

“Walaupun ini adalah permintaan yang tergempar, tetapi saya harap ada seorang menteri bertanggungjawab, atau menteri berkaitan untuk jelaskan tentang jenis-jenis bantuan jangka pendek bagi membantu rakyat,” katanya lagi.

Dalam pada itu Ahli Parlimen Pontian Datuk Seri Ahmad Maslan turut meminta kerajaan untuk mengeluarkan jumlah sebenar mangsa banjir yang layak untuk menerima bantuan yang Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob umumkan sebelum ini, dan bila mereka boleh menerimanya.

“Bila wang itu akan diberikan? Tadi saya melawat di Ampang, ada keperluan memperbaiki longkang besar yang menyebabkan banjir teruk dan menjejaskan kesihatan rakyat.

“Saya kira RM100 juta diberikan bantuan banjir tak cukup untuk memperbaiki infrastruktur yang rosak akibat banjir. Perkara ini perlu dijelaskan segera,” katanya.

Foto : Malaymail

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

17 hours ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

17 hours ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

17 hours ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

18 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

19 hours ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

20 hours ago