fbpx
Now Reading
ATM Rupanya Dah Turun Padang Lebih Awal Bantu Mangsa Banjir Tanpa Kelulusan Rasmi

ATM Rupanya Dah Turun Padang Lebih Awal Bantu Mangsa Banjir Tanpa Kelulusan Rasmi

Isu ini turut menyebabkan ATM dan MINDEF ‘bertekak’ bersama NADMA yang disifatkan mereka sebagai tidak cekap menangani krisis.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Hujan lebat berterusan sejak Jumaat lalu telah mengakibatkan banyak tempat ditenggelami air sekaligus terputus hubungan dengan dunia luar.

Keadaan menjadi lebih getir apabila ramai mangsa banjir terperangkap berjam-jam lamanya sementara menunggu bantuan untuk diselamatkan

Keadaan ini menyebabkan ramai pengguna media sosial melampiaskan rasa tidak puas hati mereka dan merasakan kerajaan khususnya Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),  lambat bertindak hingga mengakibatkan ramai mangsa terperangkap.

ATM sudah turun seawal jumaat tengah hari

Namun siapa sangka disebalik kelewatan tersebut, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebenarnya sudah pun turun ke padang membantu memindahkan mangsa banjir meskipun mereka pada waktu itu belum mendapat restu dari agensi bertanggungjawab.

Menurut laporan TRP yang memetik sumber, ATM sebenarnya sudah bersedia untuk turun ke lapangan pada jumaat ,17 Disember namun mereka pada waktu itu tidak mendapat ‘lampu hijau’ dari pihak NADMA.

Mereka dan Kementerian Pertahanan (MINDEF) kemudian terpaksa akur menunggu sehinggalah ke satu tahap sudah ‘muak’ lantas bertindak menghantar pasukan bantuan tanpa keputusan rasmi.

Difahamkan sewaktu Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari menghubungi Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein untuk menghantar bantuan tentera, sebenarnya anggota tentera sudah pun berada di lapangan dan sedang membantu mangsa banjir di kawasan terjejas.

Bahkan perkara itu sudah dikongsikan Hishamuddin menerusi satu ciapan balas memaklumkan sudah ada anggota dan aset dari ATM yang telah berada di lapangan khususnya di Klang, Sepang Damansara dan Bukit Lanchong.

“Antara yang telah berada di lapangan ialah anggota & aset dari 11 Briged dan 2 Briged bagi membantu mangsa banjir yang berada dalam kesulitan di Selangor khususnya di Klang, Sepang, Damansara & Bukit Lanchong”

Menteri Pertahanan, Hishammuddin Hussein

ATM sebelum ini sudah mempunyai pelbagai pengalaman dalam menjalankan tugas sekunder mereka itu antaranya misi banjir yang melanda Pantai Timur setiap tahun dengan yang paling besar adalah misi banjir pada tahun 2014.

Secara kebetulan Hishammuddin ketika itu turut menjawat jawatan sebagai Menteri Pertahanan.

Menerusi laporan FMT pula, ATM difahamkan sudah mula melancarkan operasi bantuan mereka sebaik selesai Solat Jumaat.

Ianya jauh lebih awal berbanding ciapan yang dikongsikan Hishammuddin pada hari sabtu, 19 Disember yang memaklumkan sudah memberi taklimat kepada Ketua Staf Markas Angkatan Tentera, Leftenan Jeneral Datuk Mohd Zakaria mengenai situasi semasa di Klang.

Malah isu ini turut menyebabkan ATM dan MINDEF ‘bertegang urat’ bersama NADMA. Bahkan mereka menyifatkan agensi berkenaan tidak cekap menangani krisis bencana.

Mereka mendakwa tiada kakitangan NADMA dan kerajaan Selangor yang memantau sebarang bentuk SOS yang dihantar mangsa di media sosial.

Tambah sumber lagi, kerajaan negeri juga pada mulanya keberatan untuk melibatkan askar bagi misi itu.

“Ia sampai di satu di tahap di mana kami (Kementerian Pertahanan) berkata biarkan Nadma.

“Air sudah naik begitu tinggi, kami tidak akan menunggu lama.

Sumber via FMT

“Seolah tidak serius mengenai situasi terbabit. Justeru, tentera dan MINDEF memutuskan untuk terus sahaja bertindak (memulakan usaha menyelamat),” tambahnya lagi.

Akhirnya pada hari Ahad barulah agensi berkenaan memanggil semua pihak untuk mesyuarat untuk menyelaraskan usaha bantuan, kata sumber lagi.

Setakat Isnin, sekurang-kurangnya 7 orang sudah dilaporkan meninggal dunia di Pahang dan Selangor akibat banjir dan 61,000 orang telah dipindahkan dari rumah mereka.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.