“Dalam Ujian Pun Tak Sedar Lagi?” – Lelaki Intai & Rakam Wanita Mandi Di Pusat Pemindahan Sementara

Hujan lebat yang berterusan beberapa hari lalu telah menyebabkan banyak kawasan di beberapa negeri telah ditenggelami air.

Sehubungan itu kerajaan telah mewujudkan sejumlah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) untuk menempatkan mangsa-mangsa yang terjejas dengan banjir termasuk mereka yang berada di Selangor.

Namun bagai tidak masuk akal apabila seorang lelaki di PPS SMK USJ23, Subang Jaya, telah bertindak diluar jangkauan apabila didakwa mengintai dan merakam wanita yang mandi di tandas menggunakan telefon bimbitnya.

Menerusi satu video yang dikongsikan oleh pengguna Facebook, Saudagar Kayangan, kedengaran satu pengumuman dari pembesar suara yang meminta penghuni wanita supaya menjerit meminta tolong jika ternampak lelaki berkenaan.

Difahamkan pihak polis ketika kejadian sedang memburu lelaki berkenaan.

“Kalau nampak lelaki itu tolong menjerit, kita nak tangkap lelaki tak bertanggungjawab itu. Saya percaya dia masih ada di kawasan ini, pihak polis sedang mencari. Kalau ada siapa-siapa yang nampak lelaki yang menggunakan ‘handphone’ di tandas wanita, tolong maklumkan kepada saya dan semua pegawai polis akan membantu anda.

Pengumumam yang dilakukan pihak berkuasa

Pemuda itu menerusi ruangan kapsyen turut berpesan kepada orang ramai agar mengingatkan kenalan mereka yang berada di mana-mana PPS untuk berhati-hati khususnya buat kaum wanita.

“Dalam ujian yang tengah Allah turunkan ni, pun tak sedar-sedar lagi, bala macam mana lagi baru nak sedar!”

“Tolong alertkan kawan-kawan, jiran-jiran, saudara-saudara yang duduk dekat mana-mana PPS. Yang perempuan terutamanya supaya berhati-hati. Sentiasa peka dengan keadaan sekeliling terutamanya ketika nak tukar baju atau mandi,”

Saudagar Kayangan pada ruangan kapsyen.

Menjengah ke ruangan komen, majoriti netizen meluahkan rasa tidak puas hati dan kesal mereka dengan sikap tidak bertanggungjawab pelaku. Ramai berpendapat di saat berdepan musib, kita seharusnya membantu dan menjaga sesama sendiri dan bukan mengambil kesempatan.

Namun setakat ini belum ada sebarang pengesahan rasmi dari pihak berkuasa berhubung insiden berkenaan.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

1 day ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

1 day ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

1 day ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

1 day ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

1 day ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

1 day ago