fbpx
Now Reading
“Oven Pun Kau Sapu?” – Netizen Terkedu Lihat Individu Ambil Kesempatan Dengan Kebaikan Bos Mydin

“Oven Pun Kau Sapu?” – Netizen Terkedu Lihat Individu Ambil Kesempatan Dengan Kebaikan Bos Mydin

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum sudah pun mengetahui yang beberapa lokasi di negara kita antaranya di Taman Sri Muda, Shah Alam telah dilanda banjir kilat.

Keadaan jalan yang tenggelam lebih menyukarkan mangsa kerana terputus hubungan dengan dunia luar. Situasi yang mendesak kemudiannya membuatkan orang ramai mula memecah masuk pasar raya Mydin dalam mendapatkan barangan keperluan khususnya makanan.

Prihatin dengan apa yang terjadi, Pengarah Urusan Mydin Holdings Berhad, Datuk Ameer Ali Mydin menjelaskan beliau tidak menyokong perbuatan mencuri, namun dalam keadaan darurat beliau menghalalkannya.

Namun siapa sangka, umpama pepatah ‘diberi betis hendak paha’, tular video memperlihatkan segelintir individu memecah masuk ke kedai berkenaan dan mengambil barangan bukan makanan seperti ketuhar gelombang.

Bukan itu sahaja ada juga yang dilihat membawa pulang barangan yang disimpan di dalam bungkusan beg plastik yang besar.

Mula dikongsikans seorang pengguna Facebook, Anuar Bashah, video tersebut nyata menarik perhatian orang ramai yang terkedu dengan tindakan mereka yang seolah-olah mengambil kesempatan terhadap kebaikan Ameer Ali.

Ramai yang menyifatkan tindakan berkenaan adalah tidak bertanggungjawab.

Ada juga yang kecewa dengan sikap individu-individu berkenaaan kerana mengambil barangan yang tidak sepatutnya kerana ini menurut mereka sudah boleh dikategorikan sebagai mencuri.

Berikut antara komen yang dikongsikan netizen :

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.