fbpx
Now Reading
Panas Selepas Ada Yang Persoal Status Halal Makanan Gurdwara, Ini Penjelasan Dr Zulkifli

Panas Selepas Ada Yang Persoal Status Halal Makanan Gurdwara, Ini Penjelasan Dr Zulkifli

Dr Zulkifli dalam masa sama turut menzahirkan rasa terima kasih kepada mereka yang sudi menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://twitter.com/Inbarajs/status/1472793980928544768?https://twitter.com/ahlulsyorga/status/1472828665993912320

Hujan lebat yang berterusan beberapa hari lalu telah menyebabkan banyak kawasan di beberapa negeri telah ditenggelami air.

Namun semangat #kitajagakita nyata begitu kuat apabila ramai rakyat Malaysia baik dari Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) hinggalah ke individu dari serata negeri turun padang dan berganding bahu menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir tanpa mengira status agama, bangsa dan kewarganegaraan.

Perkara sama turut dilakukan komuniti Sikh dari Gurdwara Sahib Petaling Jaya yang tampil menyediakan makanan percuma berasaskan sayur-sayuran (vegetarian food) untuk mereka yang terkesan di sekitar Lembah Klang.

Namun siapa sangka ianya menjadi perdebatan hangat di media sosial apabila ada yang mempersoalkan status halal makanan yang disediakan mereka.

Seorang pengguna Twitter @inbarajs kemudiannya tampil meluahkan rasa kecewanya dengan perkara tersebut yang menurutnya tidak patut timbul.

Ini kerana ada yang risaukan status makanan berkenaan kerana ada faktor yang perlu diambil kira meskipun ia bersumberkan tumbuh-tumbuhan.

“Ia bukan satu masalah selagi tidak libatkan haiwan sembelihan” – Dr Zul

Peka dengan apa yang terjadi, Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, bekas Menteri Agama yang juga bekas Mufti Wilayah Persekutuan tampil memberi penjelasan berhubung hukum isu tersebut.

Beliau menerusi satu ciapan di Twiter menjelaskan perkara itu bukanlah satu masalah selagi ia tidak melibatkan apa-apa haiwan sembelihan bukan Muslim.

Foto : Twitter

Malah Dr Zulkifli menzahirkan rasa terima kasih kepada mereka yang sudi menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir.

“Ya. Tidak ada masalah untuk makan hidangan yang disediakan bukan Muslim yang bukan ahli kitab (People of the Book) selagi mana tidak melibatkan haiwan sembelihan mereka.

“Terima kasih kepada saudara kami yang beragama Sikh atas bantuan yang dihulurkan. God bless them,”

Tambah beliau lagi, perkara ini terpakai termasuklah dalam isu agihan bantuan atau rumah terbuka oleh mereka yang berlainan agama dan faham mengenai konsep halal.

“Hal ini terpakai dalam isu agihan bantuan, atau rumah terbuka yang sudah pasti saudara kita yg berlainan agama majoritinya faham konsep halal.

“Adapun bagi kedai makan, carilah yang ada logo halal JAKIM. Itu bermakna ia diyakini dari segi syarak dan diyakini dari kualiti kebersihan.

Turut turun padang melawat dapur mereka

Malah beliau difahamkan telah turun melawat dapur Gurwara Sahib sebentar tadi untuk sambil membantu mereka bagi menyediakan makanan untuk mangsa banjir.

Seorang lelaki yang mendakwa ahli jemaah tarekat Sufi turut menjelaskan dia dan jemaah lain juga antara sukarelawan dan penyumbang food bank di Gurdwara PJ. Jelasnya tiada apa yang patut dirisaukan bahkanan makanan di sana semuanya sedap belaka.

Semoga penjelasan lengkap dari Dr Zulkifi dapat menjernihkan salah faham yang terjadi.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.