fbpx
Now Reading
6 Tahun Berumah Tangga, Lelaki Terkejut Dapat Tahu Si Isteri Adalah Bekas Mak Tiri

6 Tahun Berumah Tangga, Lelaki Terkejut Dapat Tahu Si Isteri Adalah Bekas Mak Tiri

Penasihat Mahkamah Diraja Arab Saudi kemudiannya berkata lelaki itu terpaksa menceraikan isterinya kerana pernikahan mereka dianggap tidak sah.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bunyinya begitu janggal, namun itulah yang terjadi kepada seorang lelaki di Arab Saudi apabila dia terpaksa menceraikan isterinya yang sudah dikahwini sejak 6 tahun lalu selepas mengetahui wanita itu sebenarnya adalah bekas ibu tirinya.

Kisah mereka difahamkan agak rumit dimana lelaki ini yang namanya tidak didedahkan telah berkahwin dengan isterinya itu menerusi pernikahan secara misyar.

Dia bagaimanapun tidak mengumumkan perkahwinannya kepada keluarga bahkan tidak pernah memperkenalkan wanita berkenaan kepada kedua-dua ibu bapanya sepanjang enam tahun perkahwinan mereka.

Malah hasil perkahwinan itu mereka juga mempunyai seorang anak lelaki.

Foto sekadar hiasan

Hanya diketahui selepas lelaki bawa isterinya pulang bertemu keluarga

Menurut laporan Gulf News, perkara itu hanya diketahui sebaik dia membawa si isteri untuk pulang melawat keluarganya di rumah.

Suasana yang sepatutnya ceria bagaimanapun berubah apabila si bapa terkejut melihat siapakah gerangan menantunya.

Si bapa juga pernah berkahwin secara misyar tanpa diketahui keluarga

Meskipun pahit, dia kemudian terpaksa membuka satu rahsia lama yang disimpannya di mana dia juga sebenarnya pernah bernikah secara misyar tanpa diketahui keluarga. Ini kerana wanita yang pernah dikahwininya adalah ‘si menantu’ yang sedang berada di hadapannya.

Difahamkan mereka telah berkahwin 10 tahun yang lalu namun perkahwinan itu tidak kekal lama.

Kes ini kemudiannya dirujuk kepada mahkamah di negara teluk itu.

Abdullah Al Mutlaq, Penasihat Mahkamah Diraja Arab Saudi yang juga ahli Majlis Ulama Kanan di sana kemudian berkata lelaki itu terpaksa menceraikan isterinya kerana pernikahan mereka dianggap tidak sah.

Namun beliau menjelaskan status anak lelaki pasangan ini adalah selamat dan diiktiraf sebagai anak sah taraf.

Apakah perkahwinan misyar?

Perkahwinan misyar adalah berbeza dengan pekahwinan biasa dalam islam. Perkahwinan sebegini sebenarnya baharu namun telah dipraktikkan di beberapa negara Teluk khususnya di Arab Saudi. Ia dilakukan atas dasar tuntutan batin di mana si isteri tidak layak mendapat hak yang sama seperti pernikahan lain.

Ia sering digunapakai oleh segelintir lelaki yang berhasrat untuk berpoligami atau mempunyai lebih dari seorang isteri namun tidah mahu bertanggungjawab dari segi nafkah termasuklah tempat tinggal dan anak.

© 2021 BuzzKini. All Rights Reserved.