Umum mengetahui beberapa negeri di Malaysia telah dilanda bencana banjir teruk sejak hujung minggu lalu.
Ribuan orang terpaksa mendiami pusat pemindahan sementara (PPS) ekoran dari air yang terlalu tinggi hingga menenggalamkan rumah.
Keadaan tersebut menyebabkan banyak kemusnahan dan kerosakan harta benda yang ditinggalkan di kediaman termasuklah kereta, motor, perobot peralatan elektrik dan juga elektronik.
Bahan bercetak seperti al-Quran juga tidak terkecuali dan turut rosak akibat terkena air. Namun berbanding bahan bercetak lain yang boleh terus dibuang, naskah al-Quran atau helaian yang mengandungi ayat al-Quran yang rosak mempunyai kaedah dan tatacara pelupusan sendiri mengikut hukum syarak.
Ini kerana setiap umat islam wajib menjaga dan memuliakan kesucian al-Quran meskipun ia sudah usang ataupun rosak.
Menerusi Twitter, bekas Menteri Agama, Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad memaklumkan mereka yang berada di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur boleh menghantar al-Quran yang rosak ke Darul Kalam.
Menerusi carian kami, Darul Kalam yang terletak di bawah penjagaaan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) terletak di Raudhatul Sakinah di Taman Selasih, Kuala Lumpur.
Selain itu, al-Quran berkenaan juga boleh dibakar di tempat yang bersih sebagaimana ijtihad Saidina Uthman bin ‘Affan dan pandangan ulama Syafi’iyyah.
Abu al-Quran tersebut kemudian dikumpulkan lalu diuruskan dengan:
Perkara sama sebelum ini pernah dijawab oleh Dr Zulkifli pada tahun 2015, sewaktu beliau masih menjawat jawatan sebagai Mufti Wilayah Persekutuan.
Menerusi laman tersebut, beliau memaklumkan kaedah ini juga terpakai untuk al-Quran yang rosak, terkoyak dan usang.
Selain itu, ia juga diguna pakai untuk sebarang kitab-kitab hadith atau agama yang mengandungi nama Allah yang perlu dimuliakan di mana cara pelupusannya dibuat sebagaimana dilupuskan mushaf seperti di atas.
Semoga jawapan ini dapat menyelesaikan persoalan orang ramai tentang kaedah pelupusan mushaf yang rosak atau yang tidak mungkin dapat dibaca lagi dengan sebab ditenggelami air dalam tempoh masa yang tertentu.
Foto : Mufti WP/ Hasrul Hassan
Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…
Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…
Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…
Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.
Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…
Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…