fbpx
Now Reading
TM Tawar Ganti Peralatan Unifi Yang Rosak Akibat Banjir Secara Percuma

TM Tawar Ganti Peralatan Unifi Yang Rosak Akibat Banjir Secara Percuma

Menurut TM, pihaknya akan akan menggantikan setiap Peralatan Premis Pelanggan (CPE) Unifi yang rosak secara percuma.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui beberapa negeri di Malaysia telah dilanda bencana banjir besar sejak hujung minggu lalu.

Kejadian tersebut menyebabkan banyak peralatan di rumah rosak akibat terkena air tidak terkecuali barangan elektrik dan peralatan internet seperti router, dan juga modem.

Peka dan prihatin dengan nasib pelanggan yang terjejas, Telekom Malaysia (TM) menerusi satu kenyataan mengumumkan pihaknya akan akan menggantikan setiap Peralatan Premis Pelanggan (CPE) Unifi yang rosak secara percuma.

Menurut TM, pelanggan boleh memohon penggantian tersebut menerusi Live Chat di chatbot.unifi.com.my atau menghubungi TM di talian 100.

Meskipun tidak memberikan maklumat lanjut mengenai peralatan yang termasuk dalam program penggantian percuma ini, CPE kebiasaannya merujuk kepada perkakas dan peralatan yang disediakan untuk pengguna di dalam premis mereka.

Bagi pengguna UNIFI peralatan ini merangkumi modem, kabel dan router WiFi.

Mereka dalam masa turut memaklumkan pelanggan yang ingin membuat semakan status terkini perkhidmatan yang terjejas boleh melakukannya di unifi.com.my/unifi-alerts.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.