fbpx
Now Reading
Berfikir Di Luar Kotak! Netizen Puji Pemuda Bawa Generator Mudahkan Mangsa Banjir Cas Telefon

Berfikir Di Luar Kotak! Netizen Puji Pemuda Bawa Generator Mudahkan Mangsa Banjir Cas Telefon

Difahamkan pemuda itu membawa masuk set generator berkenaan mengggunakan trak 4×4.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum pasti mengetahui banyak penempatan di beberapa negeri telah dilanda banjir kilat yang teruk antaranya di Taman Sri Muda, Shah Alam, Selangor.

Lokasi ini menjadi perhatian masyarakat kerana ia antara kawasan yang paling teruk terjejas malah telah mencatatkan 12 kematian iaitu tujuh lelaki dan lima perempuan setakat 21 Disember 2021.

Meskipun air sudah surut, keadaan di sana masih memerlukan bantuan orang ramai di mana kerja pembersihan rumah yang teruk terjejas tetap berterusan bahkan bekalan elektrik masih lagi belum pulih sepenuhnya.

Namun siapa sangka, seorang pemuda telah tampil dengan idea di luar kotak apabila membawa masuk set generator ke kawasan berkenaan semata-mata untuk membantu mangsa banjir untuk mengecas telefon bimbit mereka secara percuma.

Dikongsikan seorang pengguna Facebook Albert Chung, tindakan pemuda berkenaan nyata meraih perhatian netizen.

Menerusi foto yang dimuat naik Albert, pemuda itu dilihat membawa masuk generator berkenaan mengggunakan trak 4×4 dan di kelilingnya terlihat sekumpulan individu sedang mengecas peranti masing-masing.

“Berfikir di luar kotak, seorang pemuda berbangsa India membawa generator dengan menaiki 4×4 masuk ke kawasan Taman Sri Muda semata untuk memberi perkhidmatan “Charge Handphone” secara percuma kepada orang ramai.

“Nak membantu orang, ada banyak cara… hebat brother ini di sebelah khemah kami.

Dalam situasi yang getir, bantuan kreatif seperti ini sangat membantu orang ramai yang terkesan.

Mengengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dilihat memuji inisiatif pemuda berkenaan dan bersetuju dia sememangnya mampu berfikir di luar kotak.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.