fbpx
Now Reading
Tular Video Dakwa Petugas PPS Catu Barang Bantuan Mangsa Banjir, Ini Penjelasan YB Kawasan [Video]

Tular Video Dakwa Petugas PPS Catu Barang Bantuan Mangsa Banjir, Ini Penjelasan YB Kawasan [Video]

YB Ganabatirau Veraman merupakan ADUN bagi kawasan Kota Kemuning.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak semalam media sosial hangat memperkatakan mengenai dakwaan seorang pengguna Twitter bahawa terdapat kumpulan atau pihak petugas di sebuah PPS yang cuba mencatu bantuan kepada mangsa yang tidak menumpang di pusat itu.

Pada bebenang sama, dia turut berkongsi satu video TikTok yang dipercayai milik seorang sukarelawan yang sebelum ini bertugas di PPS berkenaan iaitu PPS Dewan Camelia Putra Heights.

Menerusi video tersebut, si perakam yang merupakan sukarelawan yang tidak mewakili mana-mana NGO atau agensi sebaliknya datang sebagai invdividu prihatin telah berkongsi apa yang terjadi di sana.

Menurut mereka ada di kalangan rakan sukarelawan yang turut dimarahi kerana bertindak mengagihkan barang bantuan kepada mangsa yang terkandas di rumah atau yang menginap di PPS berbeza.

“Punyalah kedekut tak nak share”

Dia turut meluahkan rasa sebaknya kerana gagal membantu mangsa banjir di kawasan lain walhal pusat berkenaan lengkap dan turut mempunyai bekalan yang berlebihan.

“Memang stok banyak, and kami tahu akan ada banyak lagi barang akan sampai sebab tu kami berani offer dekat PPS lain, mangsa yang tak dapat bantuan.

“Orang dalam dewan ni boleh ambil je bila-bila mereka nak. Salah ke kami kongsi dengan orang lain yang juga memerlukan?” katanya lagi.

Video penuh

@uwuforhyunjin

#viralnewsmalaysia #banjir #malaysianupdate #foryourpage #newsattiktok #banjir2021

♬ original sound – Ouiji Hyunjin :]

YB Kawasan Buka Mulut

Isu ini akhirnya menarik perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Kemuning, YB Ganabatirau Veraman yang bertanggungjawab menjaga kawasan tersebut.

Beliau menerusi satu video di Facebook tampil menjelaskan apa yang sebenarnya berlaku di PPS berkenaan.

Setiap barang yang masuk keluar perlu ada rekod

Menurut Ganabatirau, dia tidak menafikan barangan disana mencukupi namun barangan tersebut tidak boleh diagihkan sewenang-wenangnya tanpa sebarang rekod.

Jelas Gana, mereka bersedia mengagihkannya jika ada pihak yang berjumpa dan memohon dengan pihaknya. Malah dia menafikan petugas di sana melarang orang ramai dari mengambil bantuan di situ.

“Ini adalah bantuan-bantuan untuk mereka , tiada sesiapapun di sini dihalang dari mengambilnya. Mereka boleh ambil sendiri, tak pernah kami halang. Di sini kami ada PDRM dan MBSJ sebagai saksi. Saya minta maaf sangat, jangan jadikan ini isu politik kerana ini masa kita jaga kita. Masa untuk menghormati kemanusiaan.”

Jelasnya lagi, bukan sekadar barangan yang perlu direkod malah kemasukan petugas dan penghuni juga perlu didaftarkan.

Video penjelasan Ganabatirau

Perkara sama turut disuarakan Pengurus PPS Dewan Camelia Putra Heights, Puan Shafinas yang menafikan kononnya PPS tidak membenarkan barangan di bawa keluar.

“Bila kami ambil alih, kamu boleh tengok baju yang sebelum ini berada di ruangan tengah telah banyak kami kumpulkan dan hantar ke beberapa kampung dan PPS iaitu Kampung Tengah dan Kampung Bukit Lanchong.

“Bantuan air juga kami sudah edarkan semalam (23 Disember) sebab di lapangan ada kerja pembersihan.

Tambahnya lagi, PPS berkenaan kini akan memberikan bantuan kepada sesiapa saja yang memohon bekalan barangan di sana.

“Sesiapa sahaja yang nak minta bantuan barangan kami akan bagi. Orang di dalam ini juga boleh ambil apa sahaja. Kami tidak menumpukan pada mangsa di dalam PPS ini sahaja sebaliknya pada mereka di luar juga. Itu yang kami laksanakan dalam tiga hari ini.”

Dalam pada itu Ahli Majlis MBSJ, Encik Tarmizi Lazim turut menjelaskan apa-apa urusan membabitkan sukarelawan, agensi atau pun NGO perlulah melalui bawah seliaan MBSJ.

Ini kerana MBSJ sudah menempatkan seorang pegawai untuk setiap PPS. Beliau dalam masa sama turut menafikan ada bersikap kasar terhadap mana-mana individu malah memahami keadan yang dialami mangsa banjir.

“Saya datang (tempoh hari) berjumpa dengan sukarelawan hanyalah untuk menyelaras susun atur mengikut garis panduan MBSJ sahaja. Tidak berlaku yang saya berkasar (dengan mereka), saya masih lagi faham keadaan sekarang kita lebih mementingkan mangsa.

“Mereka punya masalah di penempatan lagi teruk sekarang ni, jadi kita sebagai pentadbir yang menguruskan perlu menghormati antara satu sama lain,”

Difahamkan PPS ini sewaktu dibuka belum lagi didaftakan secara sah di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) namun ia lengkap didaftarkan sebagai PPS rasmi pada 20 Hb.

“Bagaimanapun pada 20 haribulan, tempat ini telah disahkan secara rasmi sebagai PPS, maka Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) telah mengambil alih penjagaan bersama JKM.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.