fbpx
Now Reading
Kenduri Kahwin Jadi Kenduri Tahlil, Ayah Pengantin Meninggal Dunia Usai Pernikahan Anak [Video]

Kenduri Kahwin Jadi Kenduri Tahlil, Ayah Pengantin Meninggal Dunia Usai Pernikahan Anak [Video]

Menerusi video tersebut, dapat dilihat pasangan pengantin masih lagi memakai baju nikah mereka.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sesungguhnya jodoh, pertemuan, perpisahan dan ajal maut itu semuanya di tangan Maha Esa. Tiada siapa dapat menduga bila kita akan berjodoh malah bila masanya kita akan meninggalkan dunia ini.

Namun siapa menyangka, detik baru diijabkabul yang sepatutnya menjadi satu kenangaan manis buat seorang wanita bertukar menjadi detik duka apabila kehilangan ayah tercinta.

Dikongsikan seorang pengguna TikTok, @norchafieqahazri kisah menyayat hati itu nyata mencuri perhatian orang ramai.

Menerusi video yang dikongsikannya, majlis kenduri yang dilangsungkan untuk meraikan kedua-dua mempelai bertukar menjadi majlis tahlil apabila ayah kepada pengantin wanita meninggal dunia sebaik pulang dari pejabat agama.

Dari kenduri kahwin ke kenduri tahlil

@norchafieqahazri

hari ini kita dikejutkan dengan pemergian ayah pengantin perempuan Inna lillahi wa inna ilaihi rojiun…

♬ Allah Allah Aghisna – Veve Zulfikar

Pengantin masih lengkap berbaju nikah

Dapat dilihat suasana pilu menyelubungi ahli keluarga yang masih terkejut dan berduka dengan apa yang terjadi.

Malah kedua-dua mempelai masih lagi dilihat lengkap berbaju nikah dan pengantin wanita sedang duduk di depan pelamin.

Di dalam video sama, turut kelihatan beberapa orang petugas kesihatan yang lengkap dengan PPE turut berada di majlis berkenaan.

Arwah kelihatan penat dan hanya duduk di dalam kereta sewaktu di pejabat agama.

Menerusi ruangan komen, @norchafieqahazri yang dipercayai seorang jurukamera menjelaskan ayah pengantin sewaktu di pejabat agama sudah agak letih dan hanya duduk di dalam kereta.

Bagi meneruskan pernikahan, pihak pejabat agama juga telah turun bertemunya di kereta bagi mendapatkan tandatangan persetujuan sebagai wali.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dilihat meluahkan rasa sebak dengan apa yang terjadi.

Ada yang berpendapat Allahyahrman sempat melepaskan tanggungjawabnya kepada pengantin lelaki sebelum dia pergi menghadap ilahi.

Dalam masa sama, ramai yang turut mengambil kesempatan mengucapkan takziah kepada keluarga pengantin perempuan.

Berikut antara komen yang dikongsikan netizen.

Hari gembira bertukar duka

Dapat lihat anak nikah dahulu sebelum dia pergi

Tarikh anniversary akan sama dengan tarikh pemergian si ayah

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.