Netizen Tak Setuju Penjelasan JKM Yang Rina Harun Guna Waterjet Untuk Cuci Kesan Najis Unggas & Cicak
Menurut JKM, Rina Harun bukanlah sekadar ‘berposing’ sebaliknya dia sedang membantu mencuci kesan-kesan najis unggas dan cicak yang dilaporkan pihak sekolah sukar dibersihkan sebelum ini.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Sejak semalam nama netizen Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Rina Harun hangat diperkatakan di media sosial.
Semuanya gara-gara penularan sebuah video memperlihatkan Rina Harun sedang membersihkan kawasan koridor dan longkang di sebuah sekolah yang menurut orang ramai sudah pun bersih dan tidak kelihatan kotor.
Malah ia turut dikongsikan pengacara dan aktivisi, Iesya Toh di akaun instagram miliknya.
Isu tersebut kemudian telah menarik perhatian Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang merupakan agensi yang menguruskan ops pasca banjir yang turut disertai Rina Harun.
Menurut JKM, Rina Harun bukanlah sekadar ‘berposing’ sebaliknya dia dalam video berkenaan sedang membantu mencuci kesan-kesan najis unggas dan cicak yang dilaporkan pihak sekolah sukar dibersihkan sebelum ini.
“JKM selaku jabatan yang menguruskan operasi ini telah memohon kesudian YB Datuk Seri Rina untuk mencuci kesan-kesan najis unggas dan cicak yang dilaporkan oleh pihak sekolah sukar dicuci sebelum ini.
“Memandangkan peralatan jet air sedia ada di lokasi pembersihan, YB Datuk Seri Rina tidak menolak pelawaan JKM dan beliau melakukan kerja tersebut dengan dada yang lapang dan hati yang terbuka,”
Turut lakukan beberapa lagi kerja pembersihan dan susun atur logistik
Tambah JKM lagi, Rina turut melakukan beberapa lagi kerja pembersihan dan susur atur logistik yang lain di sana antaranya mengemas bilik darjah, menyapu lantai dan lain-lain supaya keadaan seperti sedia kala memandangkan sesi persekolahan bakal bermula tidak lama lagi.
“JKM sekali lagi ingin menegaskan bahawa keterlibatan Rina bukanlah sekadar membersihkan simen tersebut, malah beliau sama-sama melakukan kerja pembersihan dan susun atur logistik lain di sekolah itu.
“Kami berasakan tidak adil untuk netizen membuat tohmahan dan memperlekehkan usaha dan penglibatan Rina dalam operasi pembersihan ini,” katanya dalam kenyataan itu lagi.
Ada kurang setuju dengan penjelasan JKM
Namun nenerusi pemerhatian kami di ruangan komen, rata-rata netizen dilihat tidak bersetuju dengan penjelasan yang dikeluarkan agensi berkenaan.
Ada yang mempersoalkan tindakan JKM menggunakan alasan berkenaan malah ada yang tertanya-tanya kenapa PPS yang dipilih untuk dijadikan kawasan pembersihan walhal dengan adanya waterjet, ia sepatutnya digunakan untuk membersihkan rumah dan kawasan orang awam yang teruk terjejas khususnya yang diliputi lumpur.
Waterjet tu bagi tempat lain untuk bersihkan
Yang teruk sekarang rakyat yang terkesan akibat banjir
Dah la isu panas, JKM curah minyak lagi
Malah ada yang berpendapat jawapan yang diberikan hanya akan terus mencalarkan reputasi Rina Harun walaupun dia sebenarnya banyak turun padang membantu mangsa banjir.