fbpx
Now Reading
Tular Video Ambulans Dihentikan Untuk Beri Laluan Pada Konvoi VIP, Ini Penjelasan PDRM

Tular Video Ambulans Dihentikan Untuk Beri Laluan Pada Konvoi VIP, Ini Penjelasan PDRM

Menurut JSPT, anggota trafik bertugas telah membuat penilaian awal sebelum memberhentikan ambulans untuk tempoh masa yang singkat.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Media sosial sejak semalam hangat membincangkan mengenai penularan sebuah video memperlihatkan sebuah kenderaan 4×4 milik Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) dan ambulans milik KKM terpaksa diberhentikan untuk memberikan laluan kepada konvoi kereta VIP yang diiringi oleh polis trafik di sebuah persimpangan dipercayai di Hulu Langat, Selangor.

Dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter @syzwanrose, video berkenaan kemudian mula tular dan sohor di semua platform media sosial.

Apa yang menjadi persoalan orang ramai adalah kenapa ambulans tersebut tidak diberikan keutamaan untuk bergerak ekoran dari sirennya yang sedang berbunyi seolah-olah di dalam kecemasan.

“VIP jalan dulu”

Isu tersebut kemudian menarik perhatian Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Selangor (JSPT) yang tampil menjelaskan situasi berkenaan.

Menurut Ketua JSPT Selangor Supt. Azman Shari’at, semua pegawai dan anggota JSPT sentiasa diarahkan memberi keutamaan kepada kenderaan kecemasan seperti ambulans yang sedang membawa pesakit dan bomba.

Anggota bertugas telah membuat penilaian awal untuk elakkan risiko kemalangan

Namun sewaktu video tersebut dirakam, anggota trafik yang bertugas di persimpangan berkenaan telah membuat penilaian awal sebelum memberhentikan ambulans tersebut untuk tempoh masa yang singkat.

Ini menurut beliau kerana jarak pendahulu konvoi telah hampir tiba ke persimpangan berkenaan sekaligus mengundang bahaya dan mungkin mewujudkan risiko kemalangan sekiranya mereka memberi keutamaan jalan kepada ambulans berkenaan.

“Ini memandangkan jarak pendahulu konvoi (lead vehicle) yang telah tiba hampir ke
persimpangan berkenaan. Tindakan mengatasi trafik tersebut telah diambil oleh
anggota trafik berkenaan, selaras dengan peruntukan di bawah Kaedah Lalu Lintas
No. 9 LN 166/1959 dalam Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Dalam keadaan yang ditunjukkan dalam video tersebut, sekiranya anggota trafik di
persimpangan memberi keutamaan jalan kepada pacuan 4×4 dan ambulan milik
Persatuan Bulan Sabit Merah yang hendak keluar dari simpang ke jalan utama,
ianya tindakan yang akan mewujudkan risiko kemalangan serta membahayakan
pengguna jalan raya.

“Oleh yang demikian, konvoi yang berada di jalan utama telah
diberikan keutamaan laluan bagi mengelak kemalangan selain mengambil kira
penilaian awal yang sudah dilaksanakan oleh anggota trafik berkenaan”

Tambah beliau lagi, sebaik sahaja konvoi melepasi persimpangan dan tiada risiko kemalangan berlaku, anggota bertugas telah mengambil langkah segera dengan memberikan keutamaan kepada ambulans dan kenderaaan 4×4 itu.

Menurut kenyataan itu lagi, rakaman itu berlaku pada 26 Disember 2021 sekitar 11.30 pagi ketika rombongan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri ke Taman Sri Nanding, Hulu Langat untuk meninjau kerja-kerja pembersihan dilakukan pelbagai agensi untuk membantu mangsa banjir.


© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.