fbpx
Now Reading
Samsung Mungkin Berhenti Guna Android & Beralih Kepada Fuchsia OS

Samsung Mungkin Berhenti Guna Android & Beralih Kepada Fuchsia OS

Samsung difahamkan sudah bersedia dan turut menyumbang kepada Google untuk membangunkan Fuchsia bagi kegunaan telefon pintar mereka di masa masa hadapan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bila sebut sahaja tentang sistem operasi telefon, dua nama terbesar yang pasti diketahui orang ramai tentunya Android (Google) dan juga iOS (Apple). Selain dua nama ini, ada juga yang menggunakan HarmonyOS yang dibangunkan syarikat Huawei.

Namun pada tahun 2016, Google telah membangunkan satu lagi sistem operasi baharu yang diberi nama Fuchsia OS dengan tujuan untuk menggantikan Android.

Foto : 9to5

Menurut Google, berbanding Android yang menggunakan kernel Linux, Fuchsia akan berasaskan kernel Zircon.

Selepas hampir 5 tahun, kini nama sistem operasi itu sekali lagi menjadi perhatian apabila Samsung difahamkan sudah bersedia dan turut menyumbang kepada Google untuk membangunkan Fuchsia bagi kegunaan telefon pintar mereka di masa masa hadapan.

Menerusi laporan Sammobile, dengan ini Samsung mungkin akan beralih sepenuhnya kepada Fuschsia sekaligus meninggalkan Android dalam masa beberapa tahun lagi.

Apa yang menarik tentang OS ini adalah ia tidak mengkhususkan pada telefon sahaja sebaliknya penggunaannya adalah lebih meluas dengan skalabiliti yang lebih besar. Bahkan Fuchsia juga boleh digunakan sebagai OS berasingan untuk kategori produk terpilih seperti peranti rumah pintar sama seperti Chrome OS pada Chromebook. 

Selain itu, OS ini juga akan mengoptimasikan arahan suara dan kepintaran buatan melalui Google Assistant.

Sebagai rekod, selain Samsung, Huawei sebelum ini juga pernah dikhabarkan akan menggunakan OS tersebut pada telefon gaming mereka.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.