fbpx
Now Reading
Video Bomba Sukarela Nak Hantar Bantuan Tapi Enggan Bayar Tol Cetuskan Perdebatan [Video]

Video Bomba Sukarela Nak Hantar Bantuan Tapi Enggan Bayar Tol Cetuskan Perdebatan [Video]

Menurut petugas tol, sesiapa yang menggunakan lebuh raya perlu membayar tol namun pengecualian diberikan kepada beberapa agensi kerajaan sahaja termasuk pasukan bomba dan penyelamat.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Musibah banjir yang melanda beberapa negeri sejak seminggu yang lalu mendorong pelbagai pihak seperti syarikat korporat, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan orang perseorangan untuk tampil menghulurkan bantuan kepada mangsa yang terkesan.

Ada yang menyalurkan bantuan dalam bentuk kewangan serta barangan keperluan asas, dan ada juga yang menghulurkan bantuan tenaga kepada mangsa banjir.

Namun disebalik semangat yang mengagumkan itu, tular di media sosial beberapa video memperlihatkan sekumpulan sukarelawan dipercayai dari negeri utara Semenanjung sedang bertengkar dengan kakitangan di sebuah plaza tol dipercayai PLUS.

Menerusi kenyataan pada beberapa perkongsian video tersebut, sukarelawan berkenaan difahamkan sedang dalam misi untuk menghantar bantuan kepada mangsa banijr.

Namun mereka yang merupakan bomba sukarela dipercayai dari Pulau Pinang dalam masa sama memohon pada jurutol agar dikecualikan dari membayar tol.

“Ipoh self bomba went to help flood victims but tol gate not allow them pass through”

“Datang mahu beri bantuan tanpa mahu bayar tol”

@andy8836 Datang memberi bantuan tanpa mahu bayar toll.pendapat anda?#fyp #fypdongggggggg #fypシ゚viral #foryou ♬ original sound – Andy 🔹

Seorang dari kakitangan yang bertugas bagaimanapun menjelaskan sesiapa yang menggunakan lebuh raya itu perlu membayar tol namun pengecualian diberikan kepada beberapa agensi kerajaan termasuk Jabatan Bomba & Penyelamat (JBPM).

Namun menurutnya lagi agensi lain seperti polis bantuan, jabatan penjara, tidak tersenarai dan perlu membuat pembayaran.

“Polis bantuan, mana-mana sukarelawan serta pihak agensi kerajaan yang lain juga perlu bayar tol”

Jawapan tersebut bagaimanapun kurang disenangi salah seorang dari sukarelawan tersebut dan menjelaskan : “Kami hanya datang untuk menolong”.

Hanya salah faham kecil

Menurut laporan TRP, insiden tersebut sebenarnya melibatkan bomba sukarela dari Persatuan Kebajikan Komuniti Tanjong Pulau Pinang (PKKT).

Namun isu berkenaan sudah diselesaikan dengan baik apabila kumpulan sukarelawan tersebut kemudian meninggalkan tol tersebut.

Menurut jurucakap PKKT Tang Heng Hoo, sebenarnya terdapat kekeliruan dengan apa yang terjadi kerana pasukan bomba sukarela dikecualikan dari membayar tol di Pulau Pinang termasuk di Jambatan Pulau Pinang ketika misi menyelamat.

Namun pengecualian pembayaran tol itu setakat ini ia hanya dipraktikkan di negeri tersebut dan belum secara meluas di seluruh negara. Jelasnya lagi, isu ini sudah diketengahkan kepada JBPM dan akan dibincangkan di peringkat persekutuan kelak.

Sukarelawan kami sentiasa dikecualikan daripada membayar tol di Pulau Pinang setiap kali menjalankan keluar untuk misi bantuan. Mungkin pengecualian itu belum digariskan dengan jelas kepada plaza tol seluruh negara. Jabatan Bomba dan Penyelamat telah mengambil maklum mengenai perkara itu, dan akan membincangkannya di peringkat persekutuan di Putrajaya.

Isu sudah lama

Sebagai info, isu sebegini sebenarnya sudah lama dibangkitkan oleh organisasi sukarelawan di Malaysia.

Malah beberapa tahun lalu, isu sama pernah dibangkitkan beberapa lagi pasukan bomba sukarela di ibu negara yang mahu mereka diberikan pengecualian.

Ini kerana menurut mereka, mereka berkhidmat kepada orang ramai secara percuma dan tanpa sebarang gaji, justeru mereka juga seharusnya diberikan pengecualian dalam hal-hal sebegini. Bahkan pembayaran tol yang dilakukan mereka semasa misi menyelamat juga tidak dapat dituntut pada mana-mana pihak.

Cetuskan perdebatan netizen

Dalam pada itu, perkongsian-perkongsian tersebut nyata menarik perhatian ramai hingga mencetuskan pedebatan di media sosial.

Ada yang merasakan memberi bantuan dan membayar tol adalah dua perkara berbeza, justeru mereka tidak patut mempersoalkan kenapa sukarelawan perlu membayar tol.

Namun ada juga yang berpendapat mungkin mereka keliru dengan peraturan tersebut dan tujuan mereka bertanya hanya kerana ingin mendapatkan kepastian.

Tidak kurang juga yang kurang bersetuju dengan kenyataan staf tol dengan menjelaskan ada agensi seperti jabatan penjara dikecualikan dari membayal tol.

Namun pada pendapat penulis, adalah tidak salah untuk mempertimbangkan memberi pengecualian kepada kenderaan bukan kerajaan yang digunakan untuk sebarang misi menyelamat termasuk perubatan dan kebakaran kerana mereka sememangnya sedang bertugas untuk masyarakat.

Ia bagaimanapun perlu diperhalusi dan prosesnya perlu berjalan dengan syarat yang ketat bagi mengelakkan sebarang penyalahgunaan.

Berikut antara komen yang diberikan netizen berhubung video tersebut :

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.