fbpx
Now Reading
Baucar RM 1,000 Untuk Baik Pulih, Ganti Kenderaan Mangsa Banjir – PM

Baucar RM 1,000 Untuk Baik Pulih, Ganti Kenderaan Mangsa Banjir – PM

Tambah Ismail, hampir semua syarikat kereta menawarkan khidmat tunda percuma selain diskaun lebih 25% bagi kenderaan rosak akibat banjir.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui beberapa negeri sejak minggu lalu telah dilanda banjir besar yang disifatkan banyak pihak sebagai antara yang terburuk di negara ini dalam tempoh 50 tahun.

Sehubungan dengan itu, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM1.4 bilion Bantuan Banjir Keluarga Malaysia merangkumi pelbagai kemudahan dan bantuan antaranya beberapa penambahbaikan berhubung Bantuan Wang Ihsan (BWI) seperti :

1. RM1,000 ringgit kepada setiap Ketua Isi Rumah (KIR) yang terjejas akibat banjir;

2. Menyalurkan kepada semua KIR yang terkesan termasuk kepada mereka yang tidak berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara atau PPS;

3. RM10,000 kepada waris mangsa yang meninggal dunia;

4. Mangsa-mangsa yang terjejas akibat banjir boleh menuntut BWI setiap kali bencana menimpa berbanding sebelum ini hanya sekali sahaja semasa berlakunya Monsun Timur Laut.

Foto : PMO Malaysia

Foto : Malaymail / Hari Anggara

Bantuan untuk kenderaan mangsa banjir yang total loss

Selain itu, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut memperkenalkan inisiatif baucar sebanyak RM 1,000 kepada mangsa banjir bagi tujuan pembaikan atau pembelian bagi menggantikan kenderaan yang telah mengalami kerosakan total.

Tambah beliau, hampir semua syarikat kereta menawarkan khidmat tunda percuma selain diskaun lebih 25% bagi kenderaan rosak akibat banjir.

“Perodua akan menyediakan perkhidmatan tunda kereta ke pusat servis Perodua secara percuma dan bersetuju memberikan kos upah baik pulih dan servis berkaitan secara percuma dan diskaun 50 peratus ke atas alat ganti.

Foto : Malaymail

“Manakala Proton bersetuju memberi diskaun alat ganti sebanyak 50 peratus bagi kebanyakan model serta menawarkan caj tunda dan cuci kereta secara percuma di pusat servis mereka yang berdaftar.

“Bagi syarikat kereta lain pula, hampir semua bersetuju menyediakan perkhidmatan tunda kereta secara percuma dan diskaun sebanyak 25 peratus atau lebih untuk alat ganti dan upah baik pulih di pusat servis berdaftar.”

Ada yang turut tawar bayaran ansuran sehingga 1 tahun

“Malah beberapa syarikat pula menawarkan bayaran secara ansuran sehingga tempoh satu tahun,” katanya dalam satu kenyataan media pada 28 Disember.,” kata Ismail.

Jelas beliau lagi, kerajaan sentiasa mengambil pendekatan yang holistik melalui pelbagai inisiatif dan langkah bagi memastikan kebajikan Keluarga Malaysia sentiasa terjamin.

Namun setakat ini belum ada sebarang info lanjut bagaimana baucar tersebut akan diagihkan dan apakah langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk memohonnya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.