fbpx
Now Reading
“Baru Ada Akal” – Cubaan Rompak Tak Jadi, Ramai Puas Hati Tengok Perompak Kena ‘Tibai’ Dengan Staf Kedai Makan

“Baru Ada Akal” – Cubaan Rompak Tak Jadi, Ramai Puas Hati Tengok Perompak Kena ‘Tibai’ Dengan Staf Kedai Makan

Dengan kekuatan 4 orang, perompak tersebut akhirnya berjaya ditahan malah boleh dikatakan teruk dibelasah oleh mereka.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

“Bagaikan buku bertemu ruas,” itulah perumpaman yang sesuai untuk menggambarkan keadaan seorang perompak apabila cubaannya menyamun mesin kaunter wang digagalkan oleh beberapa pekerja sebuah kedai makan.

Lebih teruk apabila dia lunyai selepas dibelasah oleh mereka berserta orang awam yang berada di tempat kejadian.

Menerusi video 1 minit 56 saat yang dikongsikan seorang pengguna Facebook, perompak tersebut yang lengkap memakai helmet pada mulanya dilihat santai menghampiri kaunter bayaran di kedai tersebut.

Sebaik tiba di sana, dia dilihat mengeluarkan sesuatu dari poket sebelum memaksa staf yang bertugas untuk memberikan duit kutipan yang disimpan di dalam mesin daftar tunai.

Kena hempuk dengan kerusi kedai

Namun seorang dari staf di kedai tersebut bertindak pantas apabila secara senyap-senyap menghampiri penjenayah tersebut dari belakang sebelum melibasnya menggunakan sebuah kerusi.

Tindakan spontannya membuatkan si perompak terkejut dan berundur sebelum beberapa lagi staf melompat untuk turut serta.

Jadi ‘lauk’

Dengan kekuatan beberapa orang, perompak tersebut akhirnya berjaya ditahan malah boleh dikatakan teruk dibelasah oleh mereka.

Meskipun lokasi kejadian tidak dinyatakan, tarikh rakaman pada video CCTV tersebut menunjukkan ianya berlaku pada 26 Disember lalu sekitar jam 8 malam.

Tonton video di sini

Perkongsian tersebut nyata menarik perhatian netizen yang jelas berpuas hati dengan nasib si perompak yang lunyai dibelasah dan dikerjakan oleh mereka.

Malah ada yang berpendapat video sebegini patut ditularkan agar menjadi pengajaran buat semua orang khususnya geng-geng perompak.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.