fbpx
Now Reading
Kat Rumah Pun Masih Ada ‘Interaction’, Doktor Perjelas Sebab Dan Fungsi ‘MySJ Trace’

Kat Rumah Pun Masih Ada ‘Interaction’, Doktor Perjelas Sebab Dan Fungsi ‘MySJ Trace’

Tambah beliau, sistem MySJ Trace mementingkan aspek keperibadian maklumat. Ia tidak memerlukan apa-apa usaha pengguna kecuali aktifkan MySJ Trace.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, Kementerian Kesihatan (KKM) telah memperkenalkan satu ciri baharu di dalam aplikasi MySejahtera iaitu MySJ Trace.

Ciri ini diperkenalkan bagi membolehkan pengesanan kontak rapat dibuat secara lebih sistematik dan lebih tepat.

Sehubungan itu ramai yang sudah mula mengaktifkan ciri berkenaan seperti yang disarankan KKM.

Namun timbul pula isu apabila ada yang mendakwa ada mendapat notifikasi ‘interaction’ meskipun mereka belum ke luar ke mana-mana.

Bahkan seorang pengguna Twitter turut tertanya-tanya apabila ibu-bapanya telah menerima notifikasi pengesanan ‘kontak rapat’ walhal orang tuanya belum mengaktifkan fungsi berkenaan.

Sehubungan itu, Ketua Data Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), Dr Mahesh Appanan tampil menjelaskan dengan terperinci tentang perkara yang berlaku melalui laman Twitter peribadinya.

Jom ikuti perkongsian beliau di bawah :

Biar saya jelaskan 3 perkara yang mungkin anda persoalkan:

1. Mengapa ada “interaction” walaupun saya duduk di rumah sahaja?

Disebabkan signal bluetooth boleh dikesan hingga 10m. Mungkin telefon anda sedang mengesan jiran (termasuk di tingkat atas / bawah / unit sebelah di pangsapuri).

Namun, ini tidak bermaksud anda terus menjadi “casual contact” kerana algorithm mengambil kira kekuatan signal. Ini juga sebab jumlah “interaction” mungkin berbeza antara anda dan suami/keluarga walaupun keluar sama-sama.

Ia bergantung pada banyak faktor yang boleh menghalang signal (badan, alat lain, kunci elektronik, etc) serta faktor seperti kedudukan telefon, contohnya sama ada dipegang atau berada di dalam poket.

Rakyat di Singapura pernah tanya soalan yang sama. Ini terus dari laman sesawang Trace Together.

2. Adakah MySJ Trace mendedahkan data saya bila ada “interaction”? Langsung tidak.

Data disimpan di telefon anda sahaja. Jika Covid+, anda akan diminta utk muat naik sejarah 14 hari supaya notifikasi dihantar kepada orang yang dikira kontak. Ini memerlukan “explicit consent”.

Jika anda tidak menjadi Covid+, data anda tidak akan dimuatnaik (dipadamkan lepas 14 hari).

Dan jika Covid+ pun, jika kebenaran tidak diberi, data “interaction” yang disimpan di telefon anda tidak akan dimuatnaik. Ini kaedah sama yang dipakai di negara seperti UK dan Singapura.

Penjelasan ini (foto di bawah ) adalah salah sepenuhnya.

Tidak ada apa-apa “handshake” atau pertukaran maklumat apabila “interaction” direkodkan. Ia boleh diumpamakan dengan radio – anda mendengar radio tidak bermaksud pihak penyiar mendapat data anda.

3. Mengapa masih perlu check-in dengan scan QR?

Seperti yang dimaklumkan, sistem MySJ Trace mementingkan aspek keperibadian maklumat. Ia tidak memerlukan apa-apa usaha pengguna kecuali aktifkan MySJ Trace.

Namun, bukan semua orang yang akan guna sistem ini. Oleh itu, pihak KKM juga memerlukan data untuk melakukan pengesanan kontak secara pantas, terutamanya jika melibatkan potensi kluster besar.

Untuk contoh, boleh lihat ciapan ini (KLIK SINI) bagi pengesanan kontak yang dilakukan untuk kes Omicron yang pertama.

Gabungan MySJ Trace dan check-in membolehkan pengesanan kontak secara automatik (dengan cara yang memastikan keperibadian data), di samping menjana data yang kritikal untuk pasukan kesihatan awam di KKM.

Kami di KKM amat syorkan anda guna MySJ Trace.

• MySJ trace: Algorithm berdasarkan waktu dan juga jarak (kekuatan signal bluetooth)
• Check-In: Algorithm berdasarkan waktu sahaja.

Tetap menjadi pilihan anda sama ada nak guna. Di fasa endemik, “self-regulation” diutamakan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.