fbpx
Now Reading
Juliana Evans Tersenarai Antara Individu Paling Berjaya Di Malaysia 2021

Juliana Evans Tersenarai Antara Individu Paling Berjaya Di Malaysia 2021

Juliana Evans tersenarai di dalam buku ensiklopedia BritishPedia sebagai antara individu paling berjaya di Malaysia bagi tahun 2021.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Aktres dan pengacara terkenal, Che’ Puan Juliana Evans melakar sejarah peribadi apabila tersenarai di dalam buku ensiklopedia BritishPedia sebagai antara individu paling berjaya di Malaysia bagi tahun 2021.

Perkara itu dikongsikan Juliana Evans menerusi satu perkongsian di Instagram miliknya semalam.

Menurut Juliana yang lebih mesra dengan panggilan Jue, dia banyak bekerja dari rumah dan memberi fokus pada perniagaan yang diusahakannya iaitu Jeveans Jewelry sejak Covid-19 melanda.

“Ini adalah satu pencapaian 2021 buat saya apabil tersenarai sebagai Individu Berjaya di Malaysia 2021. Terima kasih kepada Britishpedia.

“Sepanjang dua tahun pandemik berlaku, saya berikan tumpuan penuh kepada perniagaan saya, Jevans Jewelry yang mana, saya kini seronok bekerja dari rumah,” katanya menerusi ruangan kapsyen.

Menerusi perkongsian sama, Jue turut menitipkan pesanan buat orang ramai agar terus fokus dan bersemangat mengejar kejayaan.

“Saya ingin tekankan dalam kehidupan bermasyarakat, ada kalanya kita akan dihakimi. Nasihat saya, diam, tutup sebelah mata dan fokus kepada diri sendiri sehingga anda berjaya.

“Hanya anda sahaja bagaimana gigihnya anda bekerja dan berapa banyak usaha yang telah anda lakukan untuk meraih kejayaan. Jangan biarkan orang lain jatuhkan semangat anda,” katanya lagi.

Sebagai info BritishPedia adalah material menyerupai kamus yang diterbitkan dan berkisar mengenai biografi tokoh-tokoh serta personaliti yang berjaya.

Ia bagaimanapun tidak terjual secara meluas sebaliknya hanya boleh didapati di perpustakaan awam sahaja.

Terdahulu Jue pernah dinobatkan sebagai 100 Wanita tercantik di dunia dengan mengatasi beberapa selebriti terkenal dunia seperti IU, Emma Stone, Rihanna dan ramai lagi.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.