Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami!
Follow Kami
Hujan lebat yang melanda beberapa negeri sejak dua minggu yang lalu telah mengakibatkan banyak kemusnahan harta benda.
Malah bencana itu turut menyebabkan perubahan landskap di beberapa kawasan yang terlibat dipercayai akibat dari air yang deras.
Keadaan ini turut berlaku di salah sebuah pusat rekreasi terkenal di Selangor iaitu Air Terjun Sungai Gabai yang terletak di Hulu Langat.
Menerusi satu hantaran di Facebook, agensi berita nasional, Bernama telah berkongsi foto terkini di Pusat Rekreasi Air Terjun Sungai Gabai yang memperlihatkan pemandangan di sana yang kini musnah.
Berpandukan foto-foto tersebut, boleh dikatakan pusat rekreasi yang pernah menjadi tarikan pelancong itu telah mengalami kerosakan yang begitu teruk.
Foto : BERNAMA / Azlim Mansor Foto : BERNAMA / Azlim Mansor
Tidak selamat untuk dikunjungi
Malah menurut laman FB Rasmi Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Tun Hussein Onn, Jabatan Perhutanan dan Bahagian Pelancongan MPKJ mendapati Air Terjun Gabai pada ketika ini tidak selamat untuk dikunjungi.
Foto : BombaFoto : Bomba
Perkongsian-perkongsian ini mencuri perhatian netizen khususnya mereka yang pernah berkunjung ke sana.