fbpx
Now Reading
Bapa Terkejut Hutang Kad Kredit Lebih RM60K, Rupanya Anak ‘Beli Belah’ Dalam Permainan Genshin Impact

Bapa Terkejut Hutang Kad Kredit Lebih RM60K, Rupanya Anak ‘Beli Belah’ Dalam Permainan Genshin Impact

Difahamkan kad kredit Lim disambungkan ke akaun e-dompet milik anaknya bagi memudahkan urusan pengangkutan si anak.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tidak dinafikan bermain permainan video baik di PC, mahupun konsol dan juga telefon pintar sangat menyeronokkan, namun ia datang dengan harganya tersendiri.

Ada permainan yang memerlukan anda untuk membayarnya terlebih dahulu dan ada juga yang boleh dimainkan secara percuma namun akan menawarkan pembelian barangan di dalam permainan (in game purchase).

Barangan yang ditawarkan pula bukan calang-calang, ada permainan yang menawarkan karakter khas, barangan rare dan ada juga yang menawarkan diamond yang boleh digunakan untuk pelbagai perkara.

Apa yang pasti, semua penawaran adalah menarik sehingga boleh membuatkan para gamer tidak senang duduk.

Foto : Pixabay

Namun semua ini jika tidak dikawal mampu membuatkan para pemain membelanjakan wang dalam jumlah yang banyak tanpa mereka sedari.

Dapat panggilan kad kredit ada hutang RM60,000

Terbaharu seorang lelaki di Singapura berdepan detik cemas apabila mendapat panggilan dari bank memaklumkan dia mempunyai hutang kad kredit tertunggak yang berjumlah lebih dari S$20,000 (RM61,000).

Menyangkakan dia telah menjadi mangsa penipuan online, pihak bank kemudian menjelaskan kepada Lim Cheng Mong, bahawa ianya adalah sah di mana terdapat 89 jumlah transaksi yang telah dilakukan menggunakan kad miliknya.

Mulanya saya ingatkan saya telah ditipu, tetapi syarikat kad kredit berkata semuanya adalah transaksi yang sah dan tiada ada apa-apa yang boleh dilakukan.”

Sebaik melakukan siasatan pada kesemua 89 transaksi itu, dia mula menyedari kesemua pembayaran itu dilakukan menerusi akaun e-dompet, Grab milik anak perempuannya.

Difahamkan akaun e-dompet milik si gadis berusia 18 tahun itu disambungkan kepada kad kreditnya bagi memudahkan urusan pengangkutan si anak.

Namun dia sama sekali tidak menyangka anaknya akan menyalahgunakan akaun tersebut untuk membeli belah di akaun permainan Genshin Impact miliknya dari Ogos hingga Oktober lalu.

Foto : Genshin Impact

Semua pembelian itu dilakukan demi menaiktaraf karakter miliknya bagi memudahkan dia melangkah ke level yang lebih sukar.

Namun hasil beli belah si anak selama dua bulan itu menyebabkan dia kini menanggung hutang yang begitu tinggi.

Foto : Genshin Impact

Pasrah dengan apa yang terjadi, dia bagaimanapun menasihatkan anak gadisnya itu agak lebih berhati-hati kerana wang yang digunakannya untuk Genshin bukanlah sedikit.

Jumlah tersebut sahaja sudah cukup untuk menampung perbelanjaan pelajarannya di luar negara.

“Sejumlah wang yang besar telah dihabiskan dalah hanya sekelip mata” katanya lagi.

Genshin Impact, yang dibangunkan oleh studio terkenal China, miHoYo merupakan permainan berkonsepkan role-playing game (RPG) di mana para pemain akan mengembara ke dunia fantasi yang digelar Tevyat.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.