fbpx
Now Reading
Tak Sampai 12 Jam Dah Tercabut, Azad Jasmin Persoal Kualiti Gelang Peranti Pengawasan Digital

Tak Sampai 12 Jam Dah Tercabut, Azad Jasmin Persoal Kualiti Gelang Peranti Pengawasan Digital

Menurut Pak Azad, dia bimbang perkara itu disalah gunakan individu tak bertanggungjawab yang akan mengambil kesempatan untuk melanggar SOP.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum pasti mengetahui individu yang pulang dari umrah kini perlu menjalani kuarantin wajib selama 7 hari.  Selain itu mereka turut diwajibkan memakai peranti pengawasan digital sepanjang tempoh kuarantin tersebut.

Sebagai individu yang baru pulang dari umrah, pelakon, Azad Jasmin turut tidak terkecuali apabila dikenakan perintah sama.

Namun tidak sampai 12 jam menggunakannya, Azad yang mesra dengan panggilan Pak Azad mendedahkan peranti yang diberikan sudah pun tercabut.

Dia yang tidak berpuas hati kemudian tampil menerusi satu muat naik di Instagram Story meminta KKM khususnya Menteri Kesihatan, YB Khairy Jamaluddin untuk mengambil serius perkara tersebut.

Bimbang disalah gunakan individu tak bertanggungjawab

Menurut Pak Azad, dia bimbang sekiranya perkara sama turut berlaku kepada orang lain. Dengan kekurangan ini, golongan yang tidak bertanggungjawab pasti akan mengambil kesempatan untuk melanggar prosedur operasi standard (SOP).

“Nasib baik saya selebriti, kalau keluar orang kenal. Yang bukan selebriti orang tak kenal cabut sahaja boleh ‘melawak’ dan berjumpa saudara.

Malah menerusi laporan Sinar Harian, Pak Azad berpendapat perkara ini jika tidak ditangani pastinya akan membahayakan keselamatan orang lain.

Saya dan isteri diberi satu modem dan gelang selepas pulang daripada umrah, namun ketika saya duduk berehat gelang itu secara tiba-tiba tercabut.

“Saya pelik melihat gelang yang digunakan untuk memantau pergerakan ini boleh tercabut sebegitu saja.

“Jadi bayangkan kalau daripada 10,000 orang yang guna dan 10 peratus tidak bertanggungjawab, mereka letak gelang ini di rumah atau gantung pada leher kucing dan biarkan ia bergerak di rumah dan mereka keluar, jika ini berlaku pastinya membahayakan orang lain.”

Sudah diganti baru

Dalam pada itu, dia menerusi satu perkongsian terbaharu memaklumkan perantinya yang tercabut sudah pun digantikan dengan yang baru.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.