fbpx
Now Reading
“Baik Gugur Menteri” – Ahli Parlimen DAP Tak Setuju MSN Gugur 144 Atlet Kebangsaan

“Baik Gugur Menteri” – Ahli Parlimen DAP Tak Setuju MSN Gugur 144 Atlet Kebangsaan

Antara nama besar yang digugurkan ialah pelari pecut negara, Zaidatul Husniah Zulkifli, yang berdepan kecederaan ligamen lutut sejak 2020.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Majlis Sukan Negara (MSN) semalam, mengumumkan terpaksa menggugurkan 144 atlet daripada program latihan kebangsaan selain mengurangkan elaun latihan atlet negara.

Menurut Ketua Pengarah MSN, Datuk Ahmad Shapawi Ismail, tindakan ini terpaksa diambil kerana negara ketika ini lebih memberikan keutamaan terhadap usaha memulihkan ekonomi pasca COVID-19 selain insiden banjir yang melanda beberapa negeri sejak dua minggu lalu.

Antara nama besar yang digugurkan ialah pelari pecut negara, Zaidatul Husniah Zulkifli, yang berdepan kecederaan ligamen lutut sejak 2020 manakala selebihnya sedang membuat pertimbangan untuk bersara, menyambung pengajian atau mencari peluang pekerjaan lain.

Keputusan ini bagaimanapun mendapat pelbagai respon dari masyarakat di mana majoroti dilihat kurang senang dengan perkara tersebut meskipun ada segelintir yang menyokong tindakan MSN.

Tindakan MSN mengecewakan pembangunan sukan – Steven Sim

Isu ini turut menarik perhatian Ahli Parlimen DAP,  Steven Sim Chee Keong yang tampil menyelar keputusan MSN.

Beliau yang juga bekas timbalan menteri belia dan sukan berpendapat tindakan agensi itu amat mengecewakan terhadap pembangunan industri sukan tanah air.

Jelas Steven Sim, sekiranya isu kekurangan dana yang menjadi cabaran untuk di saat negara sedang berdepan pandemik, kerajaaan sepatutnya memilih untuk menggugurkan 10 Menteri dan Timbalan Menteri yang kurang berfungsi berbanding menggugurkan atlet yang berkhidmat untuk negara tanpa sebarang ganjaran lumayan.

“Lebih baik pecat 10 orang Menteri dan 10 Timbalan Menteri yang gagal daripada menggugurkan 144 atlet yang telah menyumbang kepada negara.

“Gaji Menteri dan Timbalan Menteri tersebut lebih daripada memadai untuk menampung kembali atlet kita dalam program latihan sukan mereka,” kata Ahli Parlimen Bukit Mertajam itu dipetik dari FMT.

Sudah bangkitkan isu ini sewaktu perbahasan jawatankuasa Belanjawan 2022 KBS

Tambah Lim, dia sebenarnya telah membangkitkan isu kekurangan dana yang diperuntukkan untuk sukan kompetitif sewaktu perbahasan peringkat jawatankuasa bagi Belanjawan 2022 KBS.

“Sebagai contoh, bagi penyediaan sukan antarabangsa, kementerian hanya memperuntukkan RM17.5 juta untuk 2022, manakala kita akan menghadapi tiga acara sukan antarabangsa iaitu Sukan SEA Hanoi 2021, Sukan Asia Hangzhou 2022 dan Sukan Komanwel Birmingham 2022.

“Bandingkan peruntukan ini dengan Belanjawan 2018 yang mana RM71.5 juta telah diperuntukkan untuk Sukan Komanwel Gold Coast 2018 dan Sukan Asia Jakarta 2018,” katanya.

Menurut MalaysiaKini, penamatan atlet-atlet di bawah Program Latihan Majlis Sukan Negara (MSN) berlaku selepas Belanjawan 2022 menyaksikan sektor sukan hanya diperuntukkan RM244 juta.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.