fbpx
Now Reading
“Kami Rasa Terhina” – Isu Video MC Jadi Rasuah, Persatuan Doktor Bidas & Gesa SPRM Jaga Reputasi Sendiri

“Kami Rasa Terhina” – Isu Video MC Jadi Rasuah, Persatuan Doktor Bidas & Gesa SPRM Jaga Reputasi Sendiri

Mereka turut menggesa SPRM membuat permohonan maaf dan pada masa sama membersihkan isu dalamannya sendiri terlebih dahulu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah berkongsi satu video video kesedaran anti-rasuah di akaun Twitter mereka.

Menerusi video tersebut, kempen berkenaan dilihat memfokuskan mengenai penyalahgunaan sijil cuti sakit (MC) yang dilakukan seorang pesakit demi mendapatkan cuti.

Dia di dalam video itu pada mulanya dikatakan sihat namun demi mendapatkan MC telah menghulurkan ‘sekeping sampul surat’ yang kemudian diambil oleh doktor berkenaan.

Sebagai pulangan doktor tersebut telah menandatangani MC yang diinginkannya.

Baca artikel berkaitan : Individu Beli MC Palsu Dianggap Satu Kesalahan Rasuah – SPRM

Perkongsian video tersebut bagaimanapun menimbulkan rasa kurang senang di kalangan pengamal perubatan antaranya Persatuan Perubatan Malaysia (MMA).

MMA menerusi satu kenyataan menyelar klip video kesedaran tersebut dan menuntut SPRM untuk segera menurunkannya kerana ia dianggap mencemarkan imej profesion perubatan.

Tambah MMA, SPRM juga seolah-olah terlupa akan usaha keras dan pengorbanan para doktor dalam memerangi wabak COVID-19 yang setakat ini sudah meragut lebih 31,609 nyawa di Malaysia.

Malah ramai doktor yang meredah banjir untuk membantu masyarakat yang terjejas walaupun klinik meeka sendiri ditenggelami air.

“Baru-baru ini ramai doktor kami meredah air setinggi paras pinggang untuk menghantar bantuan kepada mangsa banjir walaupun klinik mereka sendiri musnah akibat air bah.

“Kami menggesa SPRM membuat permohonan maaf secara terbuka atas video itu dan pada masa sama membersihkan isu dalamannya sendiri terlebih dahulu. Melihat kepada komen netizen terhadap video itu, nampaknya SPRM juga mempunyai isu tersendiri melibatkan reputasinya yang perlu diselesaikan.

Video sudah dipadamkan

Carian kami mendapati video ini bagaimanapun sudah dipadamkan oleh SPRM.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.