fbpx
Now Reading
Raja Bomoh Muncul Semula, Kali Ini Bersama ‘Puteri Zaleha’ Buat Ritual Tolak Bala [Video]

Raja Bomoh Muncul Semula, Kali Ini Bersama ‘Puteri Zaleha’ Buat Ritual Tolak Bala [Video]

Difahamkan ritual menolak bala itu dilakukan berdekatan Teluk Gelanggang, Teluk Intan, Perak.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ramai dari anda pasti mengenali Raja Bomoh atau nama sebenarnya Ibrahim Mat Zin.

Beberapa kali menjadi sebutan selepas melakukan banyak ritual pelik antaranya memagar dunia daripada penularan COVID-19 selain upacara melindungi Malaysia dari ‘ancaman’ Korea Utara dan banyak lagi, namanya kemudian beransur-ansur dilupakan.

Terbaharu Raja Bomoh sekali lagi menjadi perbualan netizen selepas dia melakukan kemunculan semula dengan melakukan ritual menolak banjir yang sedang melanda beberapa negeri di Malaysia.

Namun Raja Bomoh kali ini tidak berseorangan, sebaliknya dia turun padang dan bergabung bersama seorang wanita yang dikenali sebagai Puteri Zaleha.

Dimuat naik laman FB Perak Press, kedua-dua mereka dipercayai melakukan ritual tolak banjir tersebut di Teluk Gelanggang, Teluk Anson pada rabu.

“Raja Bomoh 1 Malaysia datang lagi, kali ini beliau bergabung pula dengan Puteri Zaleha Serai Semambu. (menurut sumber) Buat ritual tolak bala dekat Teluk Gelanggang, Teluk Anson pada hari ini (semalam).”

FB Perak Press

Ibrahim menerusi video tersebut mendakwa ritual ini adalah petua zaman dahulu dan dia meminta semua tempat di seluruh Malaysia dan seluruh kepulauan melayu tidak lagi banjir.

‘Puteri Zaleha’ pula mendakwa ingin mengelak musibah bencana selepas menilik yang bandar Teluk Intan akan ditenggelami banjir. Dia sewaktu ritual didengar menyanyikan lagu ‘Mayang Sari’.

Kemunculan semula Raja Bomoh nyata mengejutkan rakyat Malaysia di mana majoriti dilihat kurang senang dan mahu dia dikenakan tindakan kerana mengamalkan perkara khurafat.

JAIPk buka siasatan

Dalam pada itu, Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) difahamkan sedang membuka kertas siasatan berhubung tindakan Ibrahim dan pasangannya melakukan ritual tersebut.

Menurut Pengarah JAIPk, Datuk Mohd. Yusop Husin, perbuatan kedua-dua mereka disiasat mengikut Seksyen 14 Enakmen Jenayah Syariah Perak 1992 kerana mencela dan menghina agama Islam.

“Orang ramai dinasihatkan agar tidak terpengaruh dengan perbuatan itu dan menjauhi amalan khurafat yang sememangnya bercanggah dengan ajaran Islam,” katanya dipetik dari Kosmo.

Ritual sudah diharamkan sejak 2015

Sebagai info kerajaan Perak sudah mewartakan fatwa mengenai pengharaman upacara Raja Bomoh di bawah Seksyen 36 dan Seksyen 37 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perak) 2004 pada tahun 2015.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.