Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami!
Follow Kami
Sebut sahaja nama Menteri Kesihatan, YB Khairy Jamaluddin (KJ) pasti semua orang sudah cukup kenal dengan sikap tegasnya dalam usaha mengekang penularan wabak Covid-19 yang masih melanda negara sejak dua tahun lalu.
Malah beliau begitu aktif mempromosikan suntikan vaksin termasuk suntikan penggalak menerusi akaun media sosial miliknya.
Namun terbaharu, tular dakwaan yang mengatakan Ahli Parlimen Rembau itu belum lagi mendapatkan suntikan dos vaksin walaupun untuk dos yang pertama.
Ia selepas individu tersebut melakukan carian nama KJ menerusi laman web vaksin COVID-19 yang menunjukkan status vaksinasi beliau sebagai ‘sedang diproses’.
Info tersebut jelas berbeza dengan situasi yang diketahui orang ramai di mana KJ merupakan individu pertama yang menerima suntikan vaksin Sinovac di negara kita.
Laman sudah tidak aktif sejak Oktober 2021
Tidak menunggu lama, KJ kemudiannya tampil menerusi satu ciapan menjelaskan apa sebenarnya yang terjadi.
Menurut KJ, butiran yang terdapat di laman berkenaan adalah tidak tepat kerana ianya tidak lagi aktif sejak Oktober 2021.
Dia dalam masa sama turut menjelaskan sudah mengambil suntikan pertama Sinovac pada 18 Mac, diikuti dos kedua pada 8 April 2021.
Malah dia sudah mengambil suntikan penggalak dari vaksin jenis Pfizer pada September tahun lalu.
Menerusi ciapan sama, dia turut berkongsi beberapa foto sewaktu dia menerima suntikan-suntikan berkenaan.