fbpx
Now Reading
Video Konvoi Presiden Jokowi Berhenti Untuk Beri Laluan Pada Ambulans Dapat Pujian Ramai

Video Konvoi Presiden Jokowi Berhenti Untuk Beri Laluan Pada Ambulans Dapat Pujian Ramai

Menurut laporan Kompas, kejadian itu berlaku ketika Jokowi melakukan kunjungan kerja ke Jawa Tengah.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Nama Presiden Indonesia,  Joko Widodo sejak semalam meniti di bibir netizen Indonesia selepas video konvoi rombongannya memberikan laluan kepada ambulans tular di media sosial.

Menurut laporan Kompas, kejadian itu berlaku ketika Jokowi melakukan kunjungan kerja ke Jawa Tengah.

Dapat dilihat dalam video tersebut, kelihatan kenderaan pasukan keselamatan Jokowi yang berada di barisan paling hadapan rombongan telah berhenti sebaik berselisih dengan ambulans yang membunyikan siren.

Menyedari yang ambulans tersebut mungkin di dalam keadaan kecemasan, Pasukan Pengawal Presiden dan Polis Trafik yang berada di hadapan kemudian mengarahkan pemandu ambulans yang sudah memperlahankan kenderaan untuk memberi laluan kepada rombongan Jokowi segera meneruskan perjalanannya.

Menerusi laporan Kompas, pemandu ambulans yang dikenali sebagai Septian ternyata terkejut apabila diarahkan untuk berjalan dahulu.

“Saya tak sangka. Awalnya saya fikir mengalah dulu, tapi saya fikirkan pesakit yang sedang kecemasan,” kata Septian.

Penularan video tersebut menyebabkan rata-rata rakyat di sana memuji tindakan rombongan Jokowi yang disifatkan peka dengan situasi kecemasan yang sedang berlaku.

Berikut antara komen menarik yang diberikan netizen di sana.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.