fbpx

Gara-Gara Cari Sekolah Ada Tandas Duduk Untuk Anak, Wanita Kena Sindir Dengan Netizen

Wanita itu seolah-olah menyuarakan kebimbangannya dengan ketiadaan tandas duduk memandangkan kebanyakan rumah kini sudah menggunakan tandas jenis tersebut.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap ibu bapa pasti mahukan perkara yang terbaik untuk anak mereka terutamanya dalam hal membabitkan pendidikan.

Bahkan ada yang sanggup menghabiskan wang ringgit asalkan anak mereka mendapat pendidikan sempurna selain keperluan mereka dijaga dan dipenuhi sepanjang waktu persekolahan.

Terbaharu seorang pengguna Facebook menjadi tumpuan apabila dia memuat naik satu hantaran di grup Facebook Warga 68000 Ampang bertanyakan kepada ahli grup mengenai sekolah rendah di daerah tersebut yang mempunyai kemudahan tandas duduk untuk anak muridnya.

Menerusi hantaran berkenaan, dia seolah-olah menyuarakan kebimbangannya dengan ketiadaan tandas duduk memandangkan kebanyakan rumah kini sudah menggunakan tandas jenis tersebut.

Meskipun tidak menjelaskan keadaan sebenar, ada yang merasakan si ibu mungkin risau yang anaknya sudah terbiasa dengan tandas jenis duduk berbanding tandas cangkung.

Pertanyaan tersebut kemudian dijawab oleh beberapa orang ahli grup. Namun satu darinya mencuri tumpuan orang ramai apabila dia mencadangkan wanita ini untuk menghantar anaknya ke sekolah swasta ataupun sekolah antarabangsa.

Menurutnya itu yang terbaik jika si ibu atau bapa adalah seorang yang bersikap demanding, micro manage serta begitu memanjakan anak kerana dengan menghantar anak ke sekolah yang dikelola kerajaan, apa yang mereka mahukan sukar dipenuhi.

“Kalau kita sejenis parents yang demanding & micromanage, saya syorkan hantar anak ke sekolah swasta dan international.

“Sampai anak nak berak pun kita dok risau. Bagilah mereka survival skill sikit.”

Tular di Twitter

Perkongsian ini turut tular dan sohor selepas dikongsikan di akaun Twitter.

Ada yang bersetuju dengan hujah yang diutarakan netizen berkenaan dan berpendapat mungkin si anak dapat dilatih agar biasa menggunakannya.

Namun ada juga yang berpendapat mungkin wanita ini mempunyai keperluan lain yang memerlukan anaknya untuk menggunakan tandas jenis duduk.

Malah ada juga berpendapat tidak salah sekiranya sekolah menyediakan kemudahan tandas duduk kerana ia akan membolehkan pelajar OKU yang tidak boleh menggunakan tandas cangkung turut serta di sekolah aliran biasa.

Berikut antara komen yang dikongsikan pengguna Twitter:

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.